Piala Dunia FIFA 2026: Ronaldo cetus perdebatan peminat susuli video kritik FIFA
Cristiano Ronaldo mencetuskan perdebatan selepas akaun Instagram rasminya didapati menyukai sebuah video yang mengkritik FIFA. (Gambar fail)
Video tersebut turut mendakwa FIFA memberi layanan yang memihak kepada Argentina sepanjang kempen Piala Dunia FIFA 2026 sehingga membantu pasukan itu mara ke perlawanan akhir.
Tindakan pemain Al-Nassr itu menarik perhatian peminat sejurus selepas Argentina tewas 1-0 kepada Sepanyol dalam masa tambahan pada perlawanan peringkat akhir kejohanan tersebut.
Video pendek yang dimuat naik ke program televisyen Sepanyol, Espejo Publico, memaparkan ulasan penganalisis media Pilar RodrÃguez Losantos.
Dalam rakaman itu, Losantos mengkritik mutu pengadilan sepanjang kejohanan dan menuduh beberapa keputusan memihak kepada Argentina.
Dakwaan berhubung mutu pengadilan itu mula mendapat perhatian menyusuli beberapa insiden melibatkan Penolong Pengadil Video (VAR) ketika Argentina menentang Mesir dan England pada peringkat terdahulu kejohanan tersebut.
Tangkapan skrin yang menunjukkan tanda "like" daripada akaun rasmi @cristiano kemudian tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat bola sepak.
Bagaimanapun, FIFA menegaskan integriti pegawai perlawanan kekal terpelihara dan semua keputusan sepanjang kejohanan dibuat berdasarkan undang-undang permainan serta proses semakan yang ditetapkan.
Ikuti liputan penuh Piala Dunia FIFA 2026 termasuk keputusan, jadual perlawanan dan sedutan video dalam laman mikro khas kami.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.