PIALA DUNIA FIFA 2026: Risiko suhu tinggi bahayakan pemain & peminat, menurut kajian terbaharu
Anggaran Waktu Membaca:
Padang Lincoln Financial menjelang Piala Dunia FIFA 2026. (Gambar: Reuters/Kyle Ross/Imagn Images)
LONDON: Kesatuan pemain bola sepak dunia (FIFPRO) menyuarakan kebimbangan mereka pada Khamis (14 Mei) mengenai cuaca panas semasa Piala Dunia 2026. Ini selepas para saintis memberi amaran bahawa risiko suhu berbahaya bagi pemain dan peminat kini meningkat dengan mendadak.
Satu kajian oleh kumpulan penyelidik iklim, World Weather Attribution, mendapati kira-kira satu perempat daripada 104 perlawanan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada kemungkinan besar akan berlangsung dalam keadaan suhu yang melebihi had keselamatan. Risiko ini adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.
Kira-kira lima perlawanan mungkin berlangsung dalam keadaan yang dianggap tidak selamat, di mana perlawanan tersebut sepatutnya ditunda mengikut nasihat pakar.
Pakar sains menilai risiko ini berdasarkan waktu perlawanan bermula dan indeks suhu khas yang mengukur sejauh mana badan manusia boleh menyejukkan diri sendiri.
TINDAKAN PERLU DIAMBIL UNTUK LINDUNGI PEMAIN
Pengarah perubatan FIFPRO, Vincent Gouttebarge, berkata pengiraan itu membuktikan perlunya strategi untuk melindungi kesihatan dan prestasi pemain apabila mereka terdedah kepada cuaca panas.
FIFPRO menyarankan langkah penyejukan diambil apabila suhu meningkat melebihi tahap tertentu, dan perlawanan perlu ditunda jika keadaan menjadi terlalu panas seperti 38 darjah Celcius dalam cuaca kering atau 30 darjah Celcius dalam keadaan lembap.
FIFA memberitahu Reuters bahawa pihaknya sudah pun merancang langkah keselamatan, termasuk:
Waktu rehat tiga minit untuk minum air dalam setiap separuh masa.
Kemudahan penyejukan untuk peminat dan pemain.
Jadual kerja dan rehat yang disesuaikan.
Persediaan perubatan yang lebih rapi mengikut keadaan semasa.
"FIFA komited untuk melindungi kesihatan dan keselamatan semua yang terlibat, termasuk pemain, pengadil, dan peminat," kata badan induk dunia itu.
"BOLA SEPAK YANG LEBIH BERHATI-HATI"
Chris Mullington, seorang pakar perubatan dari London, berkata cuaca panas melampau mungkin tidak menyebabkan kecemasan perubatan besar-besaran dalam kalangan pemain, tetapi ia akan menjejas cara permainan.
Beliau menjelaskan bahawa pemain-pemain ini adalah atlet hebat yang sudah biasa dengan keadaan cuaca, tetapi mereka akan "menyimpan tenaga" secara semula jadi. Ini bermakna corak permainan mungkin akan menjadi lebih perlahan atau lebih berhati-hati.
Kajian itu juga mendedahkan bahawa sistem penyejukan dijangka dapat mengurangkan risiko di tiga daripada 16 stadium yang terlibat. Bagaimanapun, lebih satu pertiga perlawanan yang berisiko tinggi dijadualkan di stadium yang tiada alat pendingin hawa, termasuk di Miami, Kansas City, New York dan Philadelphia.
Ini termasuk perlawanan akhir di Stadium MetLife, New Jersey, yang kini mempunyai risiko cuaca panas dua kali ganda lebih tinggi berbanding tahun 1994.
CADANGAN TUKAR WAKTU PERTANDINGAN
Friederike Otto, profesor sains iklim, berkata penemuan itu menunjukkan FIFA perlu memikirkan semula waktu penganjuran Piala Dunia pada masa hadapan, terutamanya di kawasan yang sangat panas semasa musim panas.
Beliau menyarankan agar kejohanan itu diadakan lebih awal atau lebih lewat dalam setahun untuk mengelakkan risiko kesihatan yang besar kepada seluruh bandar.
FIFPRO juga memberi amaran bahawa walaupun stadium berhawa dingin seperti di Dallas dan Houston boleh melindungi pemain, peminat yang berkumpul di luar atau di festival peminat masih terdedah kepada bahaya cuaca panas yang berpanjangan.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.