PIALA DUNIA FIFA 2026: Remaja maut semasa rai kemenangan Sepanyol
Peminat pasukan Sepanyol meraikan kemenangan berdekatan Palacio de Cibeles selepas perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 di Madrid, Sepanyol 20 Jul 2026. (Gambar: Reuters/Alejandro Martinez Velez)
"Dewan bandar raya Ciudad Rodrigo menzahirkan rasa sedih dan menyampaikan ucapan takziah atas kematian seorang budak lelaki berusia 13 tahun," menurut pihak berkuasa tempatan itu dalam satu catatan di Facebook.
"Apa yang sepatutnya menjadi sambutan kemenangan pasukan Sepanyol dalam Piala Dunia bertukar menjadi satu tragedi," menurut catatan itu, sambil menambah bahawa beberapa individu lain turut cedera.
"Beberapa minit selepas pukul 12.30 tengah malam waktu tempatan, perkhidmatan penyelamat menerima panggilan mengenai sebuah air pancut yang runtuh dan menimpa ramai orang," menurut khidmat kecemasan dalam satu catatan di X, sambil menambah bahawa seorang lagi remaja turut mengalami kecederaan.
Media tempatan melaporkan bahawa air pancut itu runtuh kerana tidak dapat menampung berat ramai orang yang memanjatnya untuk meraikan kemenangan pertama Sepanyol dalam Piala Dunia sejak tahun 2010 di negara yang gilakan bola sepak itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.