PIALA DUNIA FIFA 2026: Persatuan Bola Sepak Mesir kecam sistem VAR, persoal keadilannya
Persatuan Bola Sepak Mesir pada Rabu (7 Jul) mengecam keputusan pengadilan dalam perlawanan cukup dramatik antara Mesir dengan Argentina, di mana Mesir kalah 2-3, sambil menyatakan ia tidak akan berdiam diri mengenai apa yang ia sifatkan sebagai penggunaan tidak wajar sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).
Pemain dari Mesir, Mostafa Zico menjaringkan gol sebelum ia dibatalkan menyusuli semakan VAR. (Gambar: Reuters/Paul Childs)
Mesir kelihatan bakal melakarkan satu kejutan terbesar kejohanan apabila ia mendahului juara bertahan Argentina 2-0 dengan baki 11 minit dalam perlawanan pada Selasa (6 Jul), namun akhirnya ditewaskan oleh tiga gol oleh pasukan lawan.
EFA menyatakan beberapa keputusan semasa perlawanan itu memberikan kesan langsung kepada perlawanan itu.
"Beberapa insiden utama menimbulkan keprihatinan serius dan meninggalkan persoalan mengenai konsistensi dan keadilan keputusan yang memberi kesan langsung kepada perlawanan," kata persatuan itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke media sosial.
"Sejumlah pakar bola sepak dan penganalisis pakar, kedua-dua tempatan dan antarabangsa, menarik perhatian kepada insiden pengadilan yang penuh kontroversi dan berpengaruh semasa perlawanan itu.
"Ini menggariskan kepentingan mengekalkan standard tertinggi integriti, keadilan dan ketelusan dalam pengendalian perlawanan, terutamanya dalam kejohanan yang mempunyai taraf dan kepentingan seperti Piala Dunia FIFA 2026."
Kebanyakan kontroversi itu melibatkan gol yang dijaringkan oleh pemain Mesir Mostafa Zico pada minit ke-62 yang sepatutnya menggandakan kedudukan pasukannya.
Namun gol itu dibatalkan selepas semakan VAR mengenal pasti kekasaran oleh pemain Mesir dalam aksi serangan.
Kekecewaan pasukan Mesir semakin memuncak pada lewat perlawanan apabila rayuan mereka untuk penalti selepas Hamdy Fathy dijatuhkan tetapi tuntutan itu ditolak.
Sebaliknya Argentina yang mara ke hadapan dan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-92.
Jurulatih Hossam Hassan dan kapten Mohamed Salah meluahkan rasa kecewa mereka selepas perlawanan itu, sementara beberapa bekas pemain dan pengulas televisyen turut mempersoalkan keputusan pengadil.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.