Skip to main content

Sukan

PIALA DUNIA FIFA 2026: Peraturan penggantungan kad kuning akan dilonggarkan

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka meminda peraturan penggantungan kad kuning bagi Piala Dunia kali ini dengan memperkenalkan peringkat pengampunan kedua, menurut sumber dpa.

Anggaran Waktu Membaca:
PIALA DUNIA FIFA 2026: Peraturan penggantungan kad kuning akan dilonggarkan

Pemain Jerman Florian Wirtz dilayangkan kad kuning oleh pengadil Duje Strukan semasa perlawanan Liga Negara-Negara UEFA antara Jerman dengan Hungary. (Gambar: Christian Charisius/dpa)

Diterbitkan : 28 Apr 2026 08:03PM Dikemas Kini : 28 Apr 2026 11:31PM
  • FIFA dijangka meminda peraturan kad kuning untuk Piala Dunia dengan memperkenalkan peringkat pengampunan kedua, menurut sumber BBC dan dpa.
  • Langkah ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis FIFA di Vancouver pada 28 April, dengan Piala Dunia 2026 berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.
  • Perubahan dibuat kerana kejohanan kini melibatkan 48 pasukan dan satu pusingan kalah mati tambahan, iaitu pusingan 32.
  • Tujuan utama ialah mengurangkan risiko pemain digantung bagi perlawanan separuh akhir, seperti yang pernah berlaku kepada Michael Ballack pada 2002.
Dijana oleh AI
BERLIN: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka meminda peraturan penggantungan kad kuning bagi Piala Dunia kali ini dengan memperkenalkan peringkat pengampunan kedua, menurut sumber dpa.

BBC melaporkan, badan induk itu merancang untuk memansuhkan pengumpulan kad kuning selepas peringkat kumpulan selain selepas suku akhir.

Perkara itu dikatakan akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis FIFA di Vancouver pada Selasa (28 Apr).

Secara umum, pemain akan digantung satu perlawanan selepas menerima kad kuning kedua dalam kejohanan Piala Dunia FIFA.

FIFA sebelum ini memperkenalkan pengampunan selepas suku akhir bagi mengelakkan kes seperti kapten Jerman Michael Ballack yang terlepas perlawanan akhir 2002 selepas dilayangkan kad kuning kedua di separuh akhir.

Peringkat pengampunan kedua selepas peringkat kumpulan kini diperkenalkan kerana kejohanan diperluaskan daripada 32 kepada 48 pasukan, yang memerlukan satu pusingan kalah mati tambahan, iaitu pusingan 32.

Langkah itu juga mengurangkan kemungkinan pemain digantung bagi perlawanan separuh akhir.

Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

FIFA mengadakan mesyuarat di Vancouver minggu ini, termasuk kongres tahunannya pada Khamis.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita