PIALA DUNIA FIFA 2026: Pasukan England jadi mangsa kecurian; but serta peralatan latihan hilang
England mengalami kecurian peralatan latihan menjelang ketibaan pasukan itu di Kansas City, menurut polis tempatan.
Pasukan England menjadi mangsa kecurian menjelang ketibaannya di Kansas City bagi Piala Dunia FIFA 2026. (Gambar: REUTERS)
Ini setelah sebuah kenderaan yang membawa peralatan tersebut dipecah masuk ketika dalam perjalanan ke pangkalan pra-perlawanan pasukan tersebut.
Kejadian tersebut berlaku ketika peralatan itu dipindahkan dari pangkalan pra-perlawanan pasukan England di Florida ke Swope Soccer Village, di mana ia sepatutnya disediakan sebelum pasukan itu memulakan latihan selepas tiba di Kansas City pada Sabtu (13 Jun).
"Kami sedang menyiasat kemungkinan berlaku kecurian peralatan dari sebuah kenderaan pasukan yang tiba di Kansas City dengan barangan yang hilang pada lewat petang ini," menurut polis.
"Siasatan sedang dijalankan. Dua individu disyaki ditahan sementara siasatan lanjut dijalankan."
Bola dan but merupakan antara barangan yang dipercayai dicuri, menurut laporan media Britain.
Reuters sudah pun menghubungi Persatuan Bola Sepak bagi mendapatkan komen.
Kecurian itu mungkin menjejas persiapan pasukan England bagi perlawanan menentang Croatia di Dallas pada Rabu (17 Jun).
Ikuti liputan penuh Piala Dunia FIFA 2026 termasuk keputusan, jadual perlawanan dan sedutan video dalam laman mikro khas kami.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.