Skip to main content

Sukan

PIALA DUNIA FIFA 2026: Paraguay singkirkan Turki 1-0 dengan 10 pemain

Anggaran Waktu Membaca:
PIALA DUNIA FIFA 2026: Paraguay singkirkan Turki 1-0 dengan 10 pemain

Matias Galarza dari Paraguay menjaringkan gol pertama. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Jun 2026 02:30PM
CALIFORNIA: Paraguay yang beraksi dengan 10 pemain berjaya menyingkirkan Turki dengan pertahanan yang kental untuk memastikan kemenangan dramatik 1-0 pada Jumaat (19 Jun) walaupun kehilangan seorang pemain sebelum separuh masa pertama, dengan gol terpantas Piala Dunia menjadi penentu.

Pemain tengah Matias Galarza melepaskan rembatan deras dari jarak 25 meter hanya 64 saat selepas permainan bermula, memadamkan rekod jaringan Ismael Saibari pada saat ke-71 ketika Maghribi mengalahkan Scotland 1-0 hanya beberapa jam sebelumnya.

Pemain tengah Paraguay Miguel Almiron dilayangkan kad merah pada masa kecederaan dalam separuh masa pertama kerana meletakkan tangannya di mulut dalam konfrontasi dengan pemain Turki, Mert Muldur — menjadi pemain pertama dikenakan tindakan di bawah peraturan baharu kejohanan itu.

Walaupun ia menyukarkan keadaan Paraguay, mereka tetap bertahan menghadapi serangan bertubi-tubi Turki untuk meraih kemenangan dan bangkit bergaya susulan kekalahan besar 4-1 kepada Amerika Syarikat dalam perlawanan pembukaan.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita