PIALA DUNIA FIFA 2026: Maghribi kuasai Scotland untuk kemenangan 1-0, ketuai Kumpulan C
Anggaran Waktu Membaca:
Ismael Salibari dari Morocco beraksi dengan Lewis Ferguson dan Nathan Patterson dari Scotland. (Gambar: Reuters)
FOXBOROUGH: Maghribi menewaskan Scotland 1-0 hasil jaringan terpantas dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 pada Jumaat (19 Jun), sekali gus mengetuai Kumpulan C dan mara ke kedudukan teratas dengan baki satu perlawanan.
Pasukan Afrika Utara itu, yang mara mengejut dalam perlawanan separuh akhir di Qatar empat tahun lalu, mengawal sepenuhnya perlawanan dengan keputusan yang tidak mencerminkan permainan sebenar, dengan Ismael Saibari menjaringkan gol kemenangan selepas hanya 71 saat perlawanan.
Maghribi kini mempunyai empat mata daripada dua perlawanan mereka dan seterusnya akan menentang Haiti pada Rabu. Scotland, dengan tiga mata daripada dua perlawanan, akan menentang juara lima kali Brazil pada perlawanan terakhir. Brazil dan Haiti akan bertemu pada lewat Jumaat.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan secara automatik layak ke pusingan 32 terakhir, bersama-sama lapan pasukan tempat ketiga terbaik.
Pasukan Scotland turun padang dengan penuh keyakinan selepas mengalahkan Haiti dalam perlawanan pembukaan dengan keputusan hambar 1-0, untuk meraih kemenangan pertama Piala Dunia dalam tempoh 36 tahun. Namun, Maghribi memaksa mereka berpijak di bumi nyata.
Maghribi memerlukan hanya kurang dua minit untuk membuka tirai jaringan. Ismael Saibari menyelinap masuk ke belakang benteng pertahanan untuk menerima hantaran lintang Brahim Diaz apabila pemain pertahanan tengah Grant Hanley melangkah terlalu awal, sekali gus membolehkan Saibari merembat bola ke dalam gawang bagi gol terawal dalam Piala Dunia ini.
Saibari, yang menjaringkan gol dalam keputusan seri 1-1 semasa menentang Brazil minggu lalu dan dilaporkan telah lulus ujian perubatan untuk menyertai juara Jerman Bayern Munich, menjadi pemain Afrika kedua yang menjaringkan gol dalam dua penampilan pertamanya di Piala Dunia, selepas pemain Mesir Mohamed Salah.
Pasukan Maghribi, yang menyaksikan kapten Achraf Hakimi diejek oleh para penyokong Scotland, hampir menjaringkan gol kedua apabila Azzedine Ounahi meluru ke kiri dan menghantar bola ke tengah tetapi dua pemain Maghribi gagal menyempurnakan jaringan di hadapan gawang.
Ounahi mencetuskan tanda tanya sehari sebelumnya, selepas berkata pasukannya menyasarkan untuk mara ke peringkat akhir, tetapi mereka menunjukkan mereka bersungguh-sungguh dalam kejohanan ini apabila Scotland gagal melakukan sebarang percubaan ke arah gol sehinggalah ke masa tambahan separuh masa pertama.
Sebaliknya, mereka terpaksa mengejar para pemain Maghribi yang terus memberi tekanan, menguasai bola dan menembusi pertahanan Scotland dengan mudah, dengan Bilal El Khannouss melepaskan rembatan melepasi palang pada minit ke-36 selepas satu lagi gerakan yang cukup cantik.
Separuh masa kedua menyaksikan perlawanan dikuasai sepenuhnya oleh Maghribi, dengan rembatan Saibari terkena tiang gol manakala tandukan El Khannouss memaksa penjaga gol Angus Gunn melakukan satu tangkapan cemerlang beberapa minit selepas permainan disambung semula.
Scotland cuba menambah tekanan pada lewat permainan tetapi meskipun memperoleh beberapa peluang, mereka gagal mencari gol penyamaan.
(Ditulis oleh Karolos Grohmann, Disunting oleh Christian Radnedge)
Ikuti liputan penuh Piala Dunia FIFA 2026 termasuk keputusan, jadual perlawanan dan sedutan video dalam laman mikro khas kami.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.