PIALA DUNIA FIFA 2026: Ketua pengadil FIFA tolak dakwaan berat sebelah selepas Argentina kalahkan Mesir
Anggaran Waktu Membaca:
Ketua pengadil FIFA tolak dakwaan berat sebelah selepas Argentina kalahkan Mesir. (Gambar: Reuters)
AMERIKA SYARIKAT: Ketua Pengadil FIFA, Pierluigi Collina, mempertahankan mutu pengadilan dalam perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Dunia yang menyaksikan Argentina mengalahkan Mesir 3-2.
Beliau menolak sebarang dakwaan berat sebelah dan menegaskan bahawa para pegawai perlawanan menjalankan tugas dengan bebas tanpa tekanan sesiapa.
Dalam satu temu bual yang diterbitkan di laman inside.fifa.com pada Khamis (9 Jul), Collina berkata kritikan terhadap pengadil adalah perkara biasa dalam bola sepak. Bagaimanapun, beliau mengecam tindakan mempersoalkan integriti para pegawai perlawanan, selepas pihak Mesir mengemukakan aduan rasmi mengenai mutu pengadilan berikutan kekalahan tersebut.
"Perbincangan yang membina tentang keputusan padang akan sentiasa menjadi sebahagian daripada bola sepak, tetapi dakwaan yang tidak berasas tidak mempunyai tempat dalam sukan kita," kata Collina.
"Tiada sesiapa boleh mempersoalkan integriti pegawai perlawanan Piala Dunia FIFA... Tiada sesiapa boleh mendakwa bahawa sistem pengadilan FIFA boleh dipengaruhi oleh sesiapa sahaja, sehinggakan oleh Presiden FIFA sendiri (Gianni Infantino)."
Collina turut memberi amaran bahawa dakwaan melulu sedemikian boleh mengundang ancaman bahaya terhadap para pengadil dan keluarga mereka.
Mesir tersingkir daripada kejohanan itu tetapi mendakwa mereka dilayan secara tidak adil, selepas Argentina bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk mencuri kemenangan menerusi gol saat-akhir pada masa kecederaan oleh Enzo Fernandez.
Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan, mendakwa selepas perlawanan bahawa pengadil berkemungkinan menerima tekanan untuk memastikan Argentina kekal dalam kejohanan. Malah, Persatuan Bola Sepak Mesir menyatakan bahawa "beberapa insiden penting menimbulkan kebimbangan serius serta mempersoalkan ketetapan dan keadilan keputusan yang secara langsung mengubah keputusan perlawanan."
Pihak Mesir berhujah bahawa gol babak kedua oleh Mostafa Zico dibatalkan secara salah atas alasan berlakunya kekasaran, yang disifatkan oleh mereka sebagai 'rekaan semata-mata' sebelum gol itu dijaringkan. Mesir juga berang kerana asakan keras ke atas Mohamed Salah tidak dihukum, beberapa saat sebelum Argentina melancarkan serangan balas yang menghasilkan gol kemenangan.
Ketua Pengadil FIFA, Collina, menjelaskan bahawa video bantuan pengadil (VAR) membuat saranan yang betul untuk membatalkan gol Zico, selepas mengesan kekasaran yang dilakukan oleh Marwan Attia terhadap pertahanan Argentina, Lisandro Martinez, semasa fasa serangan tersebut.
"Bagi kami, kekasaran tetap kekasaran," kata Collina. "Sama ada kekasaran itu kelihatan 'jelas' atau tidak, jika pengadil terlepas pandang di atas padang, VAR boleh masuk campur."
Collina turut mempertahankan keputusan untuk tidak memberikan sepakan penalti kepada Mesir sebelum gol kemenangan Argentina. Beliau menyatakan bahawa kedua-dua pengadil di padang dan pegawai VAR menilai sentuhan antara Salah dengan Julian Alvarez sebagai "sentuhan biasa dalam permainan bola sepak".
"Memijak kaki lawan adalah satu kekasaran, manakala seorang pemain pertahanan yang menyentuh bola terlebih dahulu dan kemudian membuat sentuhan fizikal yang biasa, tidak dikira melakukan kekasaran," jelasnya.
Walaupun mengakui bahawa sesetengah keputusan perlawanan akan sentiasa melibatkan elemen penilaian peribadi, Collina menegaskan bahawa FIFA berpuas hati dengan cara prinsip VAR diterapkan sepanjang kejohanan tersebut.
Ikuti liputan penuh Piala Dunia FIFA 2026 termasuk keputusan, jadual perlawanan dan sedutan video dalam laman mikro khas kami.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.