PIALA DUNIA FIFA 2026: Kepingan padang perlawanan akhir di New Jersey dijual sebagai bahan koleksi
FIFA menawarkan peluang kepada para peminat untuk memiliki sebahagian daripada sejarah bola sepak dunia dengan menjual kepingan tulen permukaan padang perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 menerusi kedai dalam talian rasminya.
FIFA menjual kepingan tulen permukaan padang perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 menerusi kedai dalam talian rasminya. (Gambar: AP)
- FIFA menawarkan cebisan tulen permukaan padang perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 untuk dijual kepada peminat melalui kedai dalam talian rasminya.
- Produk ini dinamakan "FIFA World Cup 2026 Piece of the Pitch – Foundation Edition" dan dijual pada harga AS$450.
- Cebisan padang tersebut diawet dalam bekas akrilik premium dan disertakan memori USB yang mengandungi filem pengesahan ketulenan.
- Barangan koleksi ini disasarkan kepada pengumpul, peminat dan pencinta bola sepak yang ingin memiliki sebahagian sejarah sukan dunia.
Produk bernama "FIFA World Cup 2026 Piece of the Pitch – Foundation Edition" itu dijual pada harga AS$450 (S$580) dan akan mengandungi cebisan asal padang perlawanan akhir yang ikonik di stadium di New Jersey berdekatan New York, yang diawet secara kekal dalam bekas paparan akrilik premium bersama memori USB.
"Setiap bahagian mengandungi kepingan asal permukaan padang perlawanan akhir yang ikonik, menjadikannya barangan koleksi unik yang meraikan salah satu acara sukan terbesar di dunia," menurut FIFA dalam penerangan produk tersebut.
USB akrilik itu turut disertakan dengan filem pengesahan ketulenan, manakala barangan koleksi tersebut dibungkus dalam kotak berengsel premium dengan perincian kesan kilat, serta disasarkan kepada pengumpul, peminat dan pencinta sukan bola sepak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.