PIALA DUNIA FIFA 2026: Iran sah akan turun padang pada Jun
Anggaran Waktu Membaca:
TEHRAN/ISTANBUL: Persekutuan Bola Sepak Iran pada Sabtu (9 Mei) mengumumkan bahawa pasukan kebangsaan negara itu akan menyertai Piala Dunia FIFA 2026 yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan bahawa persekutuan itu sudah memuktamadkan keputusan mengenai penyertaan berkenaan serta mengesahkan prosedur visa berkaitan kejohanan itu sudah selesai.
Persekutuan itu turut menyatakan pasukan bola sepak negara tersebut berjaya melayakkan diri menerusi keputusan perlawanannya dan terus mempergiatkan persiapan serta latihan menjelang pertandingan tersebut.
Kejohanan itu dijadual berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026.
Iran dijadual menentang New Zealand di Los Angeles pada 15 Jun dan Belgium pada 21 Jun sebelum berdepan Mesir di Seattle pada 26 Jun.
Secara berasingan, agensi berita Iran, ISNA melaporkan bahawa persekutuan bola sepak negara itu menggariskan 10 syarat bagi penyertaan Iran dalam kejohanan tersebut.
Antara syarat-syarat yang dilaporkan termasuk jaminan bahawa semua pemain dan pegawai teknikal akan menerima visa tanpa sebarang masalah serta tidak akan disoal siasat oleh pihak imigresen Amerika Syarikat ketika dalam perjalanan.
Persekutuan itu juga dilaporkan meminta kemudahan visa untuk wartawan dan penyokong Iran yang menghadiri kejohanan itu, peningkatan langkah keselamatan Amerika Syarikat di lapangan terbang, hotel, laluan pengangkutan dan stadium, serta sekatan yang hanya membenarkan bendera rasmi kebangsaan Iran dibawa masuk ke stadium.
Tuntutan-tuntutan lain yang dilaporkan termasuk jaminan bahawa lagu kebangsaan Iran akan dimainkan tanpa gangguan semasa perlawanan dan soalan dalam sidang media dihadkan sepenuhnya kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan bola sepak sahaja.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.