Skip to main content

Sukan

PIALA DUNIA FIFA 2026: Iran belum buat keputusan mengenai penyertaannya

Iran belum membuat keputusan muktamad sama ada ia akan menyertai Piala Dunia FIFA 2026 yang akan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik agensi berita ISNA.

Anggaran Waktu Membaca:
PIALA DUNIA FIFA 2026: Iran belum buat keputusan mengenai penyertaannya

Iran belum membuat keputusan muktamad sama ada akan menyertai Piala Dunia FIFA 2026 yang akan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat. (Gambar: REUTERS/Brendan McDermid)

Diterbitkan : 24 Apr 2026 10:13PM Dikemas Kini : 28 Apr 2026 11:33PM
ISTANBUL: Iran belum membuat keputusan muktamad sama ada ia akan menyertai Piala Dunia FIFA 2026 yang akan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik agensi berita ISNA.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Iran berkata keputusan akhir akan dibuat oleh pemerintah, manakala pasukan kebangsaan negara itu sedang meneruskan persiapan.

Jurucakap pemerintah Iran Fatemeh Mohajerani sebelum ini berkata negara itu bersedia untuk penyertaan pasukan itu, dengan persiapan dan kemudahan yang disediakan.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio pula dilaporkan berkata Washington tidak mengambil langkah untuk menghalang atlet Iran daripada memasuki negara itu, namun menyatakan bahawa beberapa individu yang mengiringi pasukan berkenaan mungkin berdepan sekatan kemasukan.

Presiden Donald Trump turut berkata Amerika Syarikat “tidak mahu menjejaskan atlet,” sambil membangkitkan kebimbangan berhubung pertimbangan keselamatan yang lebih luas.

Kenyataan itu dibuat selepas laporan mencadangkan Iran mungkin digantikan dalam kejohanan berkenaan, dakwaan yang kemudian dinafikan pegawai Amerika Syarikat.

Itali turut menolak sebarang cadangan sedemikian dan menegaskan bahawa kelayakan ke Piala Dunia mesti berdasarkan merit sukan.

Presiden FIFA Gianni Infantino pada 16 April berkata Iran dijangka mengambil bahagian, sambil berkata bahawa pasukan itu sudah layak dan menyuarakan hasrat untuk bertanding meskipun ketegangan masih berterusan.

Piala Dunia FIFA 2026 akan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, dengan kejohanan itu dijadual bermula pada Jun.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita