PIALA DUNIA FIFA 2026: Iran adakan perhimpunan besar-besaran rai keberangkatan pasukan negara
Anggaran Waktu Membaca:
Iran adakan perhimpunan besar-besaran rai keberangkatan pasukan negara. (Gambar: Reuters)
TEHRAN: Iran mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi meraikan keberangkatan pasukan bola sepak negara ke Piala Dunia yang dihadiri beribu-ribu peminat di Enqelab Square, Tehran pada Rabu (13 Mei) malam.
Sekalipun demikian, kebimbangan masih timbul mengenai sama ada pasukan itu dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat untuk bertanding.
Pemain-pemain yang akan menyambung latihan di Turki minggu depan, disambut meriah oleh orang ramai ketika mereka memberikan ucapan patriotik di pentas. Selain itu, jersi rasmi yang bakal disarungkan pada kejohanan yang bermula 11 Jun hingga 19 Julai itu, turut diperkenalkan.
"Ini adalah perhimpunan terbaik sempena keberangkatan pemain sepanjang empat kempen terakhir Piala Dunia," kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Iran (FFIRI), Mehdi Taj kepada stesen TV pemerintah.
"Pemain-pemain terus bersama rakyat, dan rakyat berdiri teguh demi maruah dan kekuatan negara. Apa pun keputusannya, semoga bendera Iran berkibar di sana dan dipertahankan."
PERANG SERANTAU DAN ISU VISA
Penyertaan Iran dalam Piala Dunia kali ini menjadi tanda tanya sejak Amerika Syarikat dan Israel memulakan peperangan serantau dengan melancarkan serangan udara ke atas Iran pada akhir Februari lalu.
Dua minggu lalu, Encik Mehdi Taj dilarang masuk ke Kanada, iaitu negara penganjur bersama, untuk Kongres FIFA disebabkan hubungannya dengan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC). Ini mencetuskan kebimbangan bahawa delegasi Iran mungkin menghadapi masalah untuk memasuki Amerika Syarikat.
Sama seperti di Kanada, IRGC diklasifikasikan sebagai "kumpulan pengganas" di Amerika Syarikat.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, menyatakan bahawa sesiapa yang mempunyai kaitan dengan pertubuhan tersebut tidak akan dibenarkan masuk ke negara itu.
Pihak Iran meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada penganjur kejohanan, FIFA, untuk memastikan pemain dan pegawai pasukan dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat, di mana pasukan Iran dijadualkan bermain semua tiga perlawanan peringkat kumpulan.
"Setakat ini kami belum menerima apa-apa mengenai visa. Kami berharap ia akan diselesaikan dalam tempoh ini," kata Setiausaha Agung FFIRI, Hedayat Mombeini, semasa perhimpunan pada Rabu.
"FIFA sudah memberi janji, dan harap-harap janji itu membuahkan hasil supaya pemain menerima visa mereka tepat pada masanya."
Kebimbangan Iran semakin memuncak selepas laporan mendakwa beberapa pemain Iraq ditolak visa Amerika Syarikat, walaupun laporan itu segera dinafikan oleh Rumah Putih dan Persatuan Bola Sepak Iraq pada Rabu.
"Saya juga baru mendengar berita itu," tambah Encik Hedayat Mombeini.
"Saya berharap FIFA akan campur tangan... kami sentiasa percaya sukan harus dipisahkan daripada politik. Jadi pada pandangan saya, FIFA mempunyai kewajipan untuk memastikan urusan kemasukan semua ahli pasukan Piala Dunia dipermudahkan."
Iran dijadualkan menentang Gambia dalam perlawanan persahabatan di Antalya pada 29 Mei ini, dan Encik Hedayat Mombeini berkata pihaknya sedang dalam proses mengatur satu lagi perlawanan persahabatan semasa kem latihan di Turki.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.