Skip to main content

Sukan

PIALA DUNIA FIFA 2026: FIFA perkenal cincin kejuaraan buat pemenang

Anggaran Waktu Membaca:
PIALA DUNIA FIFA 2026: FIFA perkenal cincin kejuaraan buat pemenang

FIFA memperkenalkan cincin kejuaraan edisi khas yang akan dianugerahkan kepada juara Piala Dunia FIFA 2026 bersama trofi dan pingat emas selepas perlawanan akhir di Stadium New York, New Jersey pada Ahad (19 Jul). (Gambar: FIFA)

Diterbitkan : 17 Jul 2026 07:43PM Dikemas Kini : 18 Jul 2026 12:26AM
NEW YORK: Juara Piala Dunia FIFA 2026 bakal menerima cincin kejuaraan selain trofi dan pingat emas, menurut pengumuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis (16 Jul).

Cincin tersebut akan disampaikan kepada pasukan juara selepas perlawanan akhir antara Sepanyol dengan Argentina di Stadium New York, New Jersey pada Ahad (19 Jul).

FIFA memaklumkan cincin berkenaan merupakan sebahagian daripada koleksi edisi terhad sebanyak 2,026 bentuk cincin, yang dihasilkan bagi memperingati kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.

Sebanyak 30 cincin akan diberikan kepada anggota pasukan juara, manakala baki 1,996 cincin akan dipasarkan di seluruh dunia sebagai memorabilia rasmi berlesen.

Setiap cincin menampilkan Trofi Piala Dunia FIFA pada satu bahagian, manakala bahagian bertentangan akan disesuaikan mengikut identiti pasukan yang muncul juara.

Menurut FIFA, pengenalan cincin kejuaraan itu turut membawa sentuhan tradisi sukan Amerika Utara, di mana pasukan juara dalam pelbagai liga profesional lazimnya menerima cincin peringatan selain trofi kemenangan.

Ikuti liputan penuh Piala Dunia FIFA 2026 termasuk keputusan, jadual perlawanan dan sedutan video dalam laman mikro khas kami.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita