PIALA DUNIA FIFA 2026: FIFA batal tiket Piala Dunia percuma susuli ralat pada sistem
Stadium Gillette, secara rasmi dikenali sebagai Stadium Boston semasa Piala Dunia FiFA 2026 di Foxborough, Massachusetts, A.S., 3 Jun 2026. (Gambar: REUTERS/Brian Snyder)
This audio is generated by an AI tool.
Para peminat yang terjejas dimaklumkan pada Rabu mengenai tiket yang "diperuntukkan tanpa sebarang caj (AS$0) disebabkan isu pembayaran sebelum ini semasa proses pembayaran keluar", jelas FIFA menerusi catatan di aplikasi X.
"Tiket yang ditempah oleh para peminat ini bagaimanapun masih disimpan, dan mereka yang terjejas diminta untuk melengkapkan bayaran dengan jumlah yang betul. FIFA memohon maaf atas kesilapan tersebut dan sebarang kesulitan yang timbul."
Ini merupakan masalah terbaharu yang berlaku dalam proses penjualan tiket yang penuh kontroversi bagi kejohanan yang dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico itu. Minggu lalu, peguam negara New York dan New Jersey memaklumkan bahawa mereka mengeluarkan sepina kepada FIFA berhubung amalan penjualan tiketnya, di tengah-tengah kebimbangan mengenai kedudukan tempat duduk peminat di Piala Dunia.
Kejohanan dunia yang melibatkan 48 pasukan itu akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.