PIALA DUNIA FIFA 2026: FIFA akan siasat pergaduhan selepas perlawanan akhir
Pemain tengah Argentina Leandro Paredes bertelagah dengan beberapa pemain Sepanyol sebaik wisel penamat dibunyikan, sekali gus mencetuskan pergaduhan yang melibatkan kedua-dua pasukan. (Gambar: Reuters/Dylan Martinez)
Ketegangan memuncak selepas Sepanyol menjulang gelaran Piala Dunia kedua mereka hasil jaringan kemenangan pemain sayap Ferran Torres dalam masa tambahan.
Argentina sebelum itu sudah beraksi dengan 10 pemain selepas Enzo Fernandez dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-93.
Sebaik wisel penamat dibunyikan, pemain tengah Argentina Leandro Paredes bertelagah dengan beberapa pemain Sepanyol, termasuk pertahanan Eric Garcia dan pemain tengah Gavi, sekali gus mencetuskan pergaduhan yang melibatkan kedua-dua pasukan.
Para pemain saling tolak-menolak sebelum dipisahkan, manakala jurulatih Argentina Lionel Scaloni cuba menenangkan anak-anak buahnya menyusuli perlawanan yang berlangsung dalam suasana tegang itu.
FIFA tidak menyatakan bila siasatan tersebut dijangka selesai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.