Skip to main content

Sukan

Piala Dunia FIFA 2026: England, Portugal, Mesir antara 5 pasukan berjaya mara ke pusingan kalah mati

England, Portugal, Mesir, Ghana dan Paraguay berjaya menempah tempat dalam pusingan ke-32 Piala Dunia FIFA 2026 pada Jumaat (26 Jun) sebelum perlawanan kumpulan terakhir mereka selepas keputusan perlawanan mereka yang lain mengesahkan empat mata cukup untuk mereka melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia FIFA 2026: England, Portugal, Mesir antara 5 pasukan berjaya mara ke pusingan kalah mati

Skuad England, Harry Kane dan Reece James bersorak selepas perlawanan di Stadium Boston pada 23 Jun 2026. (Gambar: IMAGN IMAGES via Reuters/Winslow Townson)

Diterbitkan : 27 Jun 2026 12:27PM Dikemas Kini : 27 Jun 2026 12:31PM

REUTERS: England, Portugal, Mesir, Ghana dan Paraguay berjaya menempah tempat dalam pusingan ke-32 Piala Dunia FIFA 2026 pada Jumaat (26 Jun) sebelum perlawanan kumpulan terakhir mereka selepas keputusan perlawanan mereka yang lain mengesahkan empat mata cukup untuk mereka melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

- Pasukan Uruguay yang dikalahkan oleh Sepanyol dan Cape Verde yang meraih keputusan seri dengan Arab Saudi dalam Kumpulan H menjamin kelayakan bagi kelima-lima pasukan itu.

- Perancis akan bersaing dengan Sweden dalam pusingan ke-32 terbaik selepas memenangi Kumpulan I.

- Jerman akan menentang Paraguay bagi kedudukan terakhir dalam pusingan ke-32 terakhir setelah skuad Amerika Selatan itu mara dari Kumpulan D.

Ikuti liputan penuh Piala Dunia FIFA 2026 termasuk keputusan, jadual perlawanan dan sedutan video dalam laman mikro khas kami.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita