PIALA DUNIA FIFA 2026: England kekal fokus jelang perlawanan menentang Argentina
Anggaran Waktu Membaca:
Pengurus England Thomas Tuchel semasa sidang media pada 14 Julai 2026. (Gambar: Reuters/Paul Childs)
ATLANTA: Pengurus pasukan bola sepak England Thomas Tuchel menegaskan, pasukannya tidak terlalu memikirkan sejarah penuh kontroversi antara England dengan Argentina menjelang pertemuan separuh akhir Piala Dunia pada Rabu (15 Jul), sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada cabaran yang bakal dihadapi.
Menurut Tuchel, perlawanan melibatkan dua kuasa besar bola sepak dunia itu sememangnya sarat dengan detik bersejarah, namun beliau mahu para pemain fokus kepada perkara yang boleh mereka kawal di padang.
Beliau berkata, barisan jurulatih turut berusaha menyampaikan arahan yang ringkas dan jelas ketika tekanan semakin memuncak, dengan pemenang bakal bertemu Sepanyol dalam perlawanan akhir Ahad ini.
England memburu penampilan pertama di perlawanan akhir Piala Dunia dalam tempoh 60 tahun, namun Tuchel menolak tanggapan bahawa sejarah menjadi beban kepada pasukannya.
Sebaliknya, beliau melihat skuad England berada dalam keadaan bersemangat, berdaya saing dan dahagakan kemenangan.
Jurulatih dari Jerman itu juga menegaskan beliau tidak memikirkan tentang peluang mencipta sejarah sebagai jurulatih asing pertama membawa sesebuah negara menjulang Piala Dunia, sebaliknya hanya mahu menjalankan tugasnya dan membantu pasukan mencapai kejayaan.
Mengulas mengenai Argentina, Tuchel mengakui Lionel Messi kekal sebagai ancaman utama kerana kemampuan luar biasanya mencipta peluang dan mengawal permainan.
Tuchel bagaimanapun menegaskan, England akan mengekalkan identiti permainan sendiri dan berusaha memanfaatkan kekuatan pasukan.
Meskipun menjangkakan aksi yang penuh emosi, Tuchel berkata England tidak akan menggunakan sejarah pertemuan kedua-dua negara sebagai pembakar semangat, sebaliknya memberi penghormatan kepada pasukan lawan sambil mengekalkan fokus untuk melangkah ke final.

Sumber : Reuters/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.