Skip to main content

Sukan

PIALA DUNIA FIFA 2026: Bellingham bawa England ke peringkat separuh akhir, kalahkan Norway 2-1

Jude Bellingham menjaringkan dua gol ketika England mengalahkan Norway 2-1 selepas masa tambahan dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 yang mendebarkan di Stadium Miami pada Sabtu (11 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
PIALA DUNIA FIFA 2026: Bellingham bawa England ke peringkat separuh akhir, kalahkan Norway 2-1

Jude Bellingham dari England meraikan gol pertama pasukannya dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA antara Norway dengan England di Miami Gardens, Florida, pada 11 Julai 2026. (Gambar: AP/Rebecca Blackwell)

Diterbitkan : 12 Jul 2026 08:16AM Dikemas Kini : 12 Jul 2026 08:18AM
MIAMI: Jude Bellingham menjaringkan dua gol ketika England mengalahkan Norway 2-1 selepas masa tambahan dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 yang mendebarkan di Stadium Miami pada Sabtu (11 Jul).

Perlawanan itu diteruskan ke masa tambahan, namun England diberikan kelegaan hasil campur tangan Penolong Pengadil Video (VAR) yang memastikan harapan mereka untuk menjuarai kejohanan itu buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun terus bernyala.

Bellingham tampil menyelamatkan pasukan England dengan menjaringkan gol penyamaan sejurus sebelum tamat babak pertama perlawanan, selepas Andreas Schjelderup meletakkan Norway di hadapan.

Torbjorn Heggem menyangka beliau berjaya mengembalikan kelebihan Norway, namun selepas semakan VAR, Erling Haaland didapati melakukan kekasaran dan kedua-dua pasukan terpaksa mengharungi tambahan 30 minit permainan dalam cuaca panas terik di Miami.

Bellingham kemudian menjaringkan gol kemenangan England pada separuh masa pertama masa tambahan apabila pemain tersebut dengan pantas menyambar bola yang tercicir selepas ditepis penjaga gawang.

Pemain tengah Real Madrid itu kini menyamai Harry Kane, dengan jumlah enam gol yang dihasilkan dalam kejohanan tersebut.

England akan menentang Argentina atau Switzerland di peringkat separuh akhir.

Ikuti liputan penuh Piala Dunia FIFA 2026 termasuk keputusan, jadual perlawanan dan sedutan video dalam laman mikro khas kami.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita