PIALA DUNIA FIFA 2026: Amerika, Mexico, Kanada umum langkah tangani risiko Ebola jelang kejohanan
Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada pada Khamis (28 Mei) mengumumkan langkah perjalanan kesihatan awam sejajar bagi individu yang tiba dari kawasan Afrika dengan risiko tertinggi bagi virus Ebola, lapor Xinhua.
Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada umum langkah untuk menangani risiko penularan virus Ebola menjelang Piala Dunia FIFA 2026. (Gambar fail: REUTERS)
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan Hal Ehwal Global Kanada, pendekatan diselaraskan itu bertujuan melindungi rakyat serta jutaan pengunjung, peminat, atlet dan pelancong yang dijangka tiba untuk Piala Dunia FIFA 2026 akan datang.
Menurut tiga negara Amerika Utara tersebut, langkah berkenaan turut direka untuk mengekalkan perjalanan dan perdagangan merentasi sempadan mereka.
"Kesihatan dan keselamatan setiap individu di rantau ini tetap menjadi keutamaan kami sambil kami mengalu-alukan dunia ke Amerika Utara," menurut kenyataan tiga hala itu.
Kanada melarang penduduk dari Republik Demokratik Congo, Uganda dan Sudan Selatan daripada memasuki negara itu selama 90 hari, bermula pada Rabu. Manakala, ketibaan dari negara-negara tersebut diminta untuk mematuhi kuarantin selama 21 hari.
Piala Dunia FIFA akan dianjurkan secara bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada mulai 11 Jun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.