Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia FIFA 2022 Qatar: 1.2 juta tiket ditempah dalam tempoh 24 jam

Anggaran Waktu Membaca:

ZURICH: Tiket untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022 menyaksikan permintaan yang besar di seluruh dunia, dengan lebih 1.2 juta tiket dimohon oleh peminat di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam pertama selepas penjualannya dibuka.

Di laman web rasminya, FIFA pada Jumaat (21 Jan) mengesahkan lebih 140,000 tiket sudah dimohon untuk perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 18 Dis di Stadium Lusail, Qatar dan lebih 80,000 tiket untuk perlawanan pembukaan, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Laporan itu menyebut permintaan tertinggi adalah daripada peminat bola sepak di Qatar, diikuti oleh Argentina, Mexico, Amerika Syarikat, UAE, England, India, Arab Saudi, Brazil dan Perancis.

Berikutan sambutan yang luar biasa dari seluruh dunia, FIFA mengingatkan semua peminat bola sepak bahawa ‘ FIFA.com/tickets’ adalah satu-satunya laman web rasmi dan sah untuk memohon tiket Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

FIFA juga menekankan semua pemohon tiket diberi peluang yang sama untuk memohon tiket sehingga tarikh tutup permohonan, tambah QNA.

Jika berlaku kes bilangan tiket yang dipohon melebihi inventori tiket yang tersedia untuk pasaran domestik atau antarabangsa, tiket akan diperuntukkan melalui proses cabutan pemilihan secara rawak.

Semua pemohon yang berjaya, separa berjaya dan tidak berjaya akan dimaklumkan selewat-lewatnya pada 8 Mac, beserta dengan langkah-langkah yang perlu diikuti dan tarikh akhir untuk membuat pembayaran," tambah FIFA.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan