Skip to main content

Sukan

Piala Dunia: Brazil, Switzerland berjaya ke pusingan kalah mati

Dalam Kumpulan E, Brazil mengatasi Serbia 2-0 dalam perlawanan terakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia: Brazil, Switzerland berjaya ke pusingan kalah mati

Paulinho dari Brazil dan Nemanja Matic dari Serbia merebut bola. (Gambar: VICTOR R. CAIVANO/AP)

Diterbitkan : 28 Jun 2018 05:40PM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 06:22PM

RUSIA: Dalam Kumpulan E, Brazil mengatasi Serbia 2-0 dalam perlawanan terakhir.

Jaringan gol dalam babak pertama dan kedua memastikan kemenangan selesa Brazil dan meletakkannya di tangga teratas Kumpulan E.

Paulinho menjaringkan gol pertama pada minit ke-36 sementara tandukan Thiago Silva daripada tendangan sudut Neymar memastikan kemenangan mutlak Brazil.

Switzerland pula menduduki tangga kedua kumpulan E selepas seri dengan Costa Rica.

Pasukan Switzerland sudahpun berada dalam kedudukan selesa 2-0 sebelum Costa Rica berjaya menyamakan kedudukan.

Gol penyamaan kedua diraih pada minit ketiga masa kecederaan hasil gol sendiri Yann-Sommer.

Keputusan seri itu bermakna Switzerland akan menentang Sweden dalam perlawanan kalah mati pada Selasa depan. 

Sumber : AFP/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita