Skip to main content

Sukan

PIALA DUNIA 2026: Aktivis bantah hubungan FIFA dengan Israel di Toronto, Kanada

Para penunjuk perasaan membentangkan sepanduk merah gergasi di atas logo Piala Dunia FIFA berhampiran sebuah lebuh raya yang sibuk di Toronto pada Jumaat (12 Jun), bagi membantah hubungan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan Israel, hanya beberapa jam sebelum perlawanan pertama Kanada.

Anggaran Waktu Membaca:
PIALA DUNIA 2026: Aktivis bantah hubungan FIFA dengan Israel di Toronto, Kanada

Pemandangan umum di dalam Stadium Toronto sebelum perlawanan berlangsung di Toronto, Kanada, pada 12 Jun 2026. (Gambar: REUTERS/Kevin Sousa)

Diterbitkan : 13 Jun 2026 09:01AM Dikemas Kini : 15 Jun 2026 02:55PM
TORONTO: Para penunjuk perasaan membentangkan sepanduk merah gergasi di atas logo Piala Dunia FIFA berhampiran sebuah lebuh raya yang sibuk di Toronto pada Jumaat (12 Jun), bagi membantah hubungan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan Israel, hanya beberapa jam sebelum perlawanan pertama Kanada.

Para penunjuk perasaan yang mengenakan baju yang memaparkan kata-kata "Jews for a Free Palestine" pergi ke lereng berhampiran sebelum membentangkan sepanduk yang memaparkan mesej "Kick Israel out of FIFA".

Sepanduk itu dapat dilihat oleh para pengguna Ekspreswe Gardiner - antara yang paling sibuk di Kanada - ketika mereka menuju ke stadium Toronto untuk menyaksikan perlawanan pembukaan pasukan tuan rumah menentang Bosnia dan Herzegovina.

Antara tindakan lain yang dianjurkan oleh kumpulan aktivis tersebut termasuk tuntutan agar doktor Palestin yang terkenal, Hussam Abu Safiya, dibebaskan selepas beliau ditahan tentera Israel di Gaza pada penghujung 2024.

Jurucakap kumpulan aktivis itu, Faisal Ibrahim, menuduh FIFA bersubahat dalam tindakan Israel terhadap rakyat Palestin.

"FIFA bukan sahaja menutup mata terhadap Persatuan Bola Sepak Israel yang mengadakan perlawanan di wilayah Tebing Barat dan Syria yang diduduki secara haram, malah turut menyiarkan perlawanan tersebut secara aktif. Ini menormalkan pendudukan dan penghapusan identiti, sekali gus menjadikan FIFA peserta yang aktif dan bersubahat," katanya kepada Reuters.

Pada Mac, badan induk bola sepak dunia itu menyatakan ia tidak akan mengambil tindakan terhadap kelab-kelab Israel yang dituduh oleh Persatuan Bola Sepak Palestin bertanding walaupun berpangkalan di wilayah Palestin, dengan alasan status undang-undang Tebing Barat di bawah undang-undang antarabangsa masih belum diselesaikan.

Perang Israel di Gaza sudah mengorbankan puluhan ribu nyawa, mencetuskan krisis kebuluran dan membawa kepada penilaian oleh para sarjana serta siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Israel menolak sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan menyifatkan tindakannya sebagai langkah mempertahankan diri selepas kumpulan bersenjata yang diketuai Hamas membunuh 1,200 orang dan menawan lebih 250 tebusan dalam serangan pada Oktober 2023.

Sebelum ini, pakar-pakar PBB juga menggesa FIFA dan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) supaya menggantung penyertaan Israel daripada bola sepak antarabangsa.

Ikuti liputan penuh Piala Dunia FIFA 2026 termasuk keputusan, jadual perlawanan dan sedutan video dalam laman mikro khas kami.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita