Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2022: Tunisia gagal mara ke pusingan kalah mati meski kejutkan Perancis 1-0

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2022: Tunisia gagal mara ke pusingan kalah mati meski kejutkan Perancis 1-0

Gambar: Getty Images

Diterbitkan : 01 Dec 2022 08:15AM Dikemas Kini : 01 Dec 2022 08:56AM

AL RAYYAN: Tunisia mengejutkan juara bertahan Perancis 1-0 dalam perlawanan Kumpulan D.

Namun, kememangan itu tidak mencukupi bagi Tunisia mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022.

Jurulatih Jalel Kadri berkata pasukan bimbingannya menamatkan kempen Piala Dunia kali ini dengan "hormat dan bangga". Meskipun berjaya menumpaskan lawan dari Eropah - yang merupakan antara pasukan kegemaran kejohanan itu, nasib tidak menyebelahi mereka.

Kemenangan ke atas juara Piala Dunia 2018 itu gagal membawa Tunisia ke pusingan 16 terakhir apabila Australia menewaskan Denmark 1-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D untuk sekali gus merangkul tempat kedua dalam kumpulan tersebut.

Tunisia mengekalkan rekodnya tidak diingininya yang tidak mara dari peringkat kumpulan dalam enam penampilan di Piala Dunia.

Pemain kelahiran Perancis, Wahbi Khazri, menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-58 bagi Tunisia ketika menentang Perancis di Stadium Education City.

Perancis, yang melakukan sembilan pertukaran ke atas skuad yang menewaskan Denmark, bagaimanapun sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan berdasarkan perbezaan gol dengan Australia.

Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia di Qatar secara langsung di meWATCH.

Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh mengenainya.

Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan