Piala Dunia 2022: Senarai pasukan layak ke pusingan 16 terbaik, jadual perlawanan
Anggaran Waktu Membaca:

Bola perlawanan rasmi untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022. (Gambar: MOHAMED ALI ABDELWAHID / FIFA/AFP)
DOHA: Selepas melepasi peringkat kumpulan, sebanyak 16 pasukan meneruskan cabaran dalam Piala Dunia FIFA Qatar 2022 ke pusingan seterusnya bermula 3 hingga 7 Disember untuk pusingan 16 terbaik.
Cabaran kali ini merupakan peringkat kalah mati dan tiada perlawanan timbal balik.
Sebanyak 16 pasukan dengan melibatkan lapan perlawanan akan berlangsung ketika ini.
Pasukan-pasukan tersebut terdiri daripada juara dan naib juara bagi setiap kumpulan A hingga H.
Berikut senarai pasukan yang layak ke peringkat 16 terbaik.
KUMPULAN A
Belanda mengesahkan tempat ke peringkat 16 terbaik dengan kemenangan ke atas juara Afrika Senegal dan tuan rumah Qatar, mengungguli Kumpulan A walaupun seri 1-1 dengan Ecuador.
Senegal memulakan kempen Piala Dunia dengan kalah kepada Belanda, tetapi mereka mengubah nasib dengan kemenangan 3-1 ke atas tuan rumah Qatar dan 2-1 ke atas Ecuador.
KUMPULAN B
England menempah tiket ke pusingan kalah mati sebagai pendahulu Kumpulan B dengan 7 mata, selepas menang ke atas Wales dan Iran serta seri tanpa jaringan dengan Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat layak sebagai naib juara Kumpulan B selepas berjaya menumpaskan Iran 1-0 dalam perlawanan yang dibayangi ketegangan politik berikutan keputusan seri dengan Wales dan England.
KUMPULAN C
Argentina merampas kembali kedudukan teratas Kumpulan C dengan kemenangan ke atas Mexico dan Poland selepas kekalahan mengejut pada aksi pembukaan menentang Arab Saudi. Mereka seterusnya akan menentang Australia pada Sabtu (3 Dis).
Poland mendapat tempat dalam pusingan 16 terakhir sebagai naib juara Kumpulan C baik selepas menang ke atas Arab Saudi, seri dengan Mexico dan kalah kepada Argentina.
Mereka bertemu Perancis pada Ahad.
KUMPULAN D
Juara bertahan Perancis menjadi pasukan pertama yang layak ke pusingan 16 terbaik dengan kemenangan berturut-turut dalam Kumpulan D ke atas Australia dan Denmark, diikuti dengan kekalahan 0-1 kepada Tunisia.
Australia layak dalam pusingan kalah mati sebagai naib juara Kumpulan D dengan 6 mata hasil kemenangan ke atas Tunisia dan Denmark. Mereka akan menentang Argentina pada Sabtu.
KUMPULAN E
Jepun menempah tempat di pusingan 16 terbaik selepas meraih kemenangan mengejut ke atas pasukan Jerman dan Sepanyol, hanya kalah kepada Costa Rica. Mereka akan menentang Croatia pada Isnin.
Sepanyol mendapat tempat dalam pusingan 16 terbaik dengan kekalahan menentang Costa Rica, diikuti dengan keputusan seri dengan Jerman dan kalah kepada Jepun. Mereka akan bertemu Maghribi pada Selasa.
KUMPULAN F
Maghribi mengungguli Kumpulan F dengan kemenangan ke atas Kanada dan Belgium selepas seri tanpa jaringan dengan Croatia, dan akan menentang Sepanyol pada Selasa.
Croatia menyertai pusingan kalah mati selepas dua keputusan seri tanpa jaringan dengan Maghribi dan Belgium serta kemenangan 4-1 ke atas Kanada.
Mereka seterusnya akan menentang Jepun pada Isnin.
KUMPULAN G
Brazil menempah tiket mereka ke peringkat kalah mati dengan kemenangan berturut-turut menentang Switzerland dan Serbia, diikuti dengan kekalahan 0-1 kepada Cameroon. Mereka akan menentang Korea Selatan pada Isnin.
Switzerland memperoleh tempat naib juara Kumpulan G dengan kemenangan 3-2 ke atas Serbia dan kemenangan ke atas Cameroon, dan akan menentang Portugal pada Selasa.
KUMPULAN H
Portugal mengekalkan kedudukan teratas mereka untuk menentang Switzerland pada Selasa, setelah menamatkan Kumpulan H dengan kekalahan kepada Korea Selatan.
Korea Selatan berjaya mara ke peringkat kalah mati dengan kemenangan terakhir ke atas Portugal yang sudah layak, berikutan keputusan seri tanpa jaringan dengan Uruguay dan kalah kepada Ghana.
Dua perlawanan berlangsung setiap hari iaitu pada pukul 11.00 malam dan pukul 3.00 pagi untuk waktu Singapura.
Bagi yang berjaya memenangi perlawanan ini, mereka akan layak bergerak ke pusingan Suku Akhir yang dijadualkan berlangsung bermula 9 hingga 11 Disember.

JADUAL PERINGKAT KALAH MATI
3 Dis (Sabtu)
Belanda lwn Amerika Syarikat
Stadium Khalifa
Antarabangsa
3 Dis
Argentina lwn Australia
Stadium Ahmad bin Ali
4 Dis (Ahad)
Perancis lwn Poland
Stadium Al Thumama
4 Dis
England lwn Senegal
Stadium Al Bayt
5 Dis (Isnin)
Jepun lwn Croatia Stadium Al Janoub
5 Dis
Brazil lwn Korea Selatan
Stadium 974
6 Dis (Selasa)
Maghribi lwn Sepanyol
Stadium Education City
6 Dis
Portugal lwn Switzerland
Stadium Lusail Iconic
PASUKAN MANAKAH YANG TERSINGKIR DARI PIALA DUNIA?
Kumpulan A: Ecuador dan Qatar
Kumpulan B:
Iran dan Wales
Kumpulan C: Mexico dan Arab Saudi
Kumpulan D: Tunisia dan Denmark
Kumpulan E: Jerman dan Costa Rica
Kumpulan F: Belgium dan Kanada
Kumpulan G: Cameroon dan Serbia
Kumpulan H: Uruguay dan Ghana

Sumber : Reuters/SU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.