Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2022: Mexico tumpaskan Arab Saudi 2-1 tetapi tersingkir

Anggaran Waktu Membaca:
DOHA: Mexico tersingkir daripada Piala Dunia 2022 meskipun menang 2-1 ke atas Arab Saudi dalam perlawanan Kumpulan C pada Rabu (30 Nov).

Pada separuh masa pertama perlawanan di stadium Lusail, kedua-dua pasukan itu gagal menjaringkan sebarang gol walaupun terdapat beberapa percubaan.

Mexico, bagaimanapun, memecahkan kebuntuan apabila Henry Martin menjaringkan gol dari jarak dekat pada minit ke-48.

Selang lima minit kemudian, Luis Chavez menjaringkan gol melalui sepakan bebas jarak jauh yang gagal ditepis penjaga gawang Mohammed Alowais.

Hirving Lozano kemudian menaikkan mata gol pasukannya kepada 3-0 tetapi ia tidak dikira kerana offside pada minit ke-56.

Pada minit ke-87, pemain Mexico Uriel Antuna menghasilkan gol, namun ia sekali lagi dibatalkan.

Pemain Arab Saudi Salem Aldawsari menjaringkan gol sewaktu masa tambahan untuk mengakhiri perlawanan itu 2-1.

Dengan keputusan ini, Argentina berada di tangga teratas Kumpulan C dengan enam mata. Poland dan Mexico masing-masing mengumpul empat mata dan Arab Saudi menduduki tangga terbawah Kumpulan C dengan tiga mata.

Poland yang berada di tangga kedua mara ke peringkat seterusnya, mengetepikan Mexico menerusi perbezaan gol.

Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia di Qatar secara langsung di meWATCH.

Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh mengenainya
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan