Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2022: Messi hidupkan kembali harapan Argentina; jaringan gol Mbappe bagi Perancis lebihi Zidane

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2022: Messi hidupkan kembali harapan Argentina; jaringan gol Mbappe bagi Perancis lebihi Zidane

Pemain Argentina Lionel Messi semasa perlawanan menentang Mexico dalam Kumpulan C Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail Stadium in Lusail, Qatar, pada 26 Nov. (Gambar: Kirill Kudryatsev/AFP)

Diterbitkan : 27 Nov 2022 09:01AM Dikemas Kini : 27 Nov 2022 09:02AM

LUSAIL: Jaringan Lionel Messi pada minit ke-64 dan satu lagi oleh Enzo Fernandez membolehkan Argentina mengatasi Mexico 2-0 dalam perlawanan Kumpulan C Piala Dunia Qatar pada Sabtu (26 Nov).

Ini sekali gus menghidupkan semula harapan Argentina dalam kejohanan berprestij itu setelah kecundang 2-1 di tangan Arab Saudi pada Selasa (22 Nov).

Sepanjang separuh masa pertama, Messi, yang menyamai rekod Diego Maradona dalam kemunculan perlawanan Piala Dunia sebanyak 21 kali, tidak kelihatan sebelum meledak gol dengan bantuan Angel Di Maria.

Pemain gantian Fernandez memastikan Argentina mengutip tiga mata penuh selepas berjaya menyumbat gol kedua negara itu pada minit ke-87.

Dengan pungutan tiga mata, Argentina perlu mencatatkan kemenangan ke atas Poland dalam perlawanan akhir Kumpulan C pada Rabu.

Mexico mempunyai hanya satu mata dan perlu mengalahkan Arab Saudi, yang memperolehi tiga mata, untuk layak ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia.

Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia di Qatar secara langsung di meWATCH.

Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh mengenainya.

Pemain penyerang Perancis Kylian Mbappe menjaringkan gol kedua dalam perlawanan Kumpulan D dengan Denmark semasa Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium 974 di Doha pada 26 Nov. (Giuseppe Cacace/AFP)
Sementara itu, Kylian Mbappe menjaringkan kedua-dua gol Perancis, yang menumpaskan Denmark 2-1 untuk menjadi pasukan pertama yang mara ke pusingan 16 terakhir.

Mbappe menjaringkan gol pertama selepas sejam perlawanan kumpulan D itu. Namun, Andreas Christensen menjaringkan gol penyama bagi Denmark.

Mbappe kemudian menjaringkan gol kedua bagi melengkapkan hantaran yang dibekalkan oleh Antoine Griezmann untuk menceroboh benteng pertahanan Denmark.

Menyusuli perlawanan pada Sabtu, Mbappe kini sudah menjaringkan sejumlah 31 gol bagi pasukan negara Perancis.

Ini bermakna beliau sudah menyumbang lebih banyak gol untuk Perancis berbanding Zinedine Zidane di semua peringkat usia.

Denmark kekal dengan pungutan satu mata selepas dua perlawanan, namun ia berpeluang mara ke pusingan seterusnya sekiranya ia mampu menundukkan Australia pada Rabu nanti.

Awal dari itu, dalam perlawanan kumpulan yang sama, Australia mengalahkan Tunisia 1-0, sekali gus mengekalkan harapan untuk mara ke pusingan 16 terakhir.

Dalam perlawanan kumpulan C, Poland menumpaskan Arab Saudi 2-0.
Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan