Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2022: Maghribi, Croatia mara ke pusingan kalah mati

Anggaran Waktu Membaca:

DOHA: Croatia dan Maghribi dari Kumpulan F mara ke pusingan kalah mati.

Inilah kali pertama sejak tahun 1986, Maghribi berjaya melangkah ke peringkat itu.

Maghribi muncul juara Kumpulan F, dengan mengumpul 7 mata apabila mengalahkan Kanada 2-1.

Malahan satu gol Kanada itu dijaringkan sendiri oleh pemain pertahanan Maghribi, Nayef Aguerd.

Ia juga merupakan gol pertama jaringan sendiri bagi pihak lawan dalam Piala Dunia kali ini.

Croatia pula menduduki tempat kedua Kumpulan F, dengan 5 mata setelah seri tanpa jaringan ketika menentang Belgium.

Croatia bakal bertemu Jepun di pusingan seterusnya manakala Maghribi bertembung dengan Sepanyol.

Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia di Qatar secara langsung di meWATCH.

Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh.

Sumber : Agensi berita/MU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan