Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2022: Ketampanan pemain Korea Selatan Cho Gue-sung tular di media sosial

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2022: Ketampanan pemain Korea Selatan Cho Gue-sung tular di media sosial

(Gambar: Anne-Christine Poujoulat/AFP)

DOHA: Sedang Korea Selatan menghitung nasib dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022, pemain sensasi, Cho Gue-sung tular di media sosial, lapor Sinar Harian. 

Mana tidaknya, dua jaringan pemain berusia 24 tahun itu dalam tempoh tiga minit ketika Korea Selatan kalah 2-3 kepada Ghana dalam saingan Kumpulan H pada Isnin (28 Nov) hangat di Instagram, Twitter dan TikTok. 

Pengikut pemain berjersi nombor 9 itu meningkat mendadak dari 46,000 kepada 293,00 dalam tempoh beberapa jam selepas tamat perlawanan.

Malah ada dalam kalangan warganet yang membuat semakan di media sosial memberitahu, pengikut pemain itu sudah melebihi 400,000 di Instagram sehari selepas perlawanan.

Jumlah berkenaan terus meningkat melebihi 1.5 juta pada Jumaat (2 Dis) gara-gara ketampanan pemain kelab Jeonbuk Hyundai Motors itu.

Beberapa video yang memaparkan aksi Gue-sung turut tular di Twitter dengan tertera pujian 'Cho gue sung sangat kacak'.

Di sebalik berita tular itu, Korea Selatan yang dibimbing Paulo Bento harus menang ke atas Portugal di Stadium Education City tengah malam Jumaat untuk 'mencuri' slot 16 pasukan terbaik.

Bagaimanapun skuad itu mengharapkan Uruguay menang tipis tidak melebihi dua gol ke atas Ghana dalam satu lagi aksi.

Portugal ketika ini memimpin carta kumpulan dengan enam mata, diikuti Ghana tiga mata di tangga kedua berkongsi lima jaringan.

Korea Selatan dan Uruguay pula berkongsi satu mata dengan kelebihan dua gol kepada skuad dari Asia itu berbanding pasukan dari Latin Amerika tersebut yang masih buntu jaringan. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan