Piala Dunia 2022: Jepun kejutkan Sepanyol, Jerman tersingkir
(Gambar: Philip Fong/AFP)
DOHA: Jepun cipta satu lagi kejutan dengan mengalahkan Sepanyol 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa untuk muncul juara Kumpulan E.
Sepanyol bagaimanapun menguasai separuh pertama menerusi jaringan Alvaro Morata pada minit ke-11.
Kebangkitan skuad Samurai Biru bermula selepas rehat dengan dua gol pantas sumbangan Ritsu Doan pada minit ke-48 dan Ao Tanaka tiga minit kemudian.
Jepun mara ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan E selepas mengutip 6 mata dan akan bertemu Croatia.
Sepanyol berkongsi 4 mata dengan Jerman, namun tetap layak berdasarkan perbezaan gol dan akan bertemu Maghribi di pusingan seterusnya.
Juara dunia empat kali Jerman, tersingkir walaupun ia mengalahkan Costa Rica 4-2.
Inilah kali kedua berturut-turut, Jerman tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia.
Sementara itu, satu sejarah Piala Dunia dicipta dalam perlawanan antara Costa Rica dengan Jerman.
Kesemua tiga pengadil perlawanan itu adalah wanita.
Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia di Qatar secara langsung di meWATCH.
Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.