Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2022: Iran kemuka bantahan terhadap FIFA

Anggaran Waktu Membaca:

DOHA: Perseketuan Bola Sepak Iran mengemukakan bantahan terhadap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana Amerika Syarikat (AS) memadamkan perkatan "Allah" daripada bendera Republik Islam itu daripada semua hantaran media sosial, menjelang perlawanan Piala Dunia di antara kedua-dua negara. 

"Dalam satu tindakan yang tidak profesional, akaun Instagram persekutuan bola sepak AS memadamkan lambang Allah daripada bendera Iran," lapor agensi berita IRNA pada Ahad (27 Nov). 

"Perseketuan Bola Sepak Iran mengirimkan emel kepada FIFA untuk menuntutnya mengeluarkan amaran serius kepada perseketuan AS," tambahnya, seperti dipetik Al Jazeera. 

Badan bola sepak dunia itu tidak memberikan respons serta-merta susuli bantahan tersebut, yang berlaku sedang AS bersiap sedia untuk bersemuka Iran dalam perlawanan Piala Dunia pada Selasa (29 Nov) - perlawanan yang dihimpit ketegangan antara kedua-dua negara

AS dan Iran memutuskan sebarang hubungan diplomatik pada 1980. 

Perseketuan Bola Sepak Amerika Syarikat (USSF) dalam satu kenyataan pada pagi Ahad (27 Nov) menyatakan ia memutuskan untuk tidak menggunakan bendera rasmi di akaun media sosial untuk berdiri bersama "wanita di Iran yang memperjuangkan hak asasi manusia" susuli kematian wanita Iran, Mahsa Amini, yang berusia 22 tahun, di bawah tahanan polis. 

Setakat petang Ahad (27 Nov), bendera biasa dengan lambangnya sudah dimuatnaikkan ke Twitter, dan hantaran Facebook dan Instagram dengan bendera yang diubah, sudah dipadamkan. 

"Kami ingin menunjukkan sokongan kami bagi wanita di Iran dengan grafik kami selama 24 jam," menurut perseketuan tersebut. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan lebih 300 maut akibat tindakan teras terhadap tunjuk perasaan yang tercetus susuli kematian Amini pada September, dan sekitar 14,000 sudahpun diberkas, termasuk kanak-kanak. 

Iran menuduh AS dan negara-negara asing lain melaga-lagakan tunjuk perasaan itu, tanpa mengemukakan sebarang bukti, lapor Al Jazeera. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan