Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2022: Brazil beraksi tanpa Neymar dalam perlawanan menentang Switzerland

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2022: Brazil beraksi tanpa Neymar dalam perlawanan menentang Switzerland

(Gambar: NELSON ALMEIDA / AFP)

DOHA: Brazil dijangka berdepan dengan Switzerland pada Isnin (28 Nov) nanti tanpa pemain harapannya, Neymar setelah beliau mengalami kecederaan di pergelangan kaki semasa perlawanan pembukaan mereka menentang Serbia pada Khamis (24 Nov) lalu.

Sekalipun demikian, barisan pemain muda dari pasukan tersebut dijangka akan mengambil alih posisi Neymar.

Brazil meraih kemenangan ke atas Serbia semasa perlawanan pembukaandi Piala Dunia.
 
Juara dunia lima kali itu juga akan beraksi tanpa pemain Danilo, yang mengalami kecederaan di pergelangan kaki semasa perlawanan dengan para pemain Serbia.

Ketiadaan kedua-dua pemain harapan tersebut dalam perlawanan seterusnya, disifatkan sebagai 'tamparan' kepada harapan Brazil untuk memenangi Piala Dunia buat kali keenam, tetapi mereka akan bergantung kepada pemain generasi baru mereka yang cemerlang, dalam perlawanan akan datang.

Neymar dilihat memainkan peranan yang penting bagi Brazil dalam dua Piala Dunia yang beliau turut sama sebelum ini.

Jurulatih Tite mempunyai beberapa pemain untuk dipilih menggantikan tempat Neymar semasa menentang Switzerland.
Ini sedang Neymar berusaha untuk pulih menjelang pusingan kalah mati seterusnya, daripada kecederaan ligamen yang dialami pada buku lali kanan, yang menyebabkan kesukaran selama bertahun-tahun dalam kerjaya bola sepaknya.

Brazil kini sedang mengungguli Kumpulan G dengan tiga mata yang dikutip. Ia sekali gus berada dalam kedudukan setanding Switzerland, yang berjaya menumpaskan Cameroon 1-0 dalam penampilan sulungnya.

Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia di Qatar secara langsung di meWATCH.

Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh mengenainya.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan