Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2022: Bangunan Perpustakaan Negara siarkan perlawanan akhir, perebutan tempat ketiga

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2022: Bangunan Perpustakaan Negara siarkan perlawanan akhir, perebutan tempat ketiga

(Gambar fail: AFP/Issouf Sanogo)

SINGAPURA: Kawasan The Plaza yang terletak di tingkat 1 Bangunan Perpustakaan Negara akan bertukar wajah menjadi sebuah "gelanggang bola sepak" hujung bulan ini. Ruang tersebut mampu menampung sekitar 500 penonton bagi perlawanan peringkat akhir dan perebutan bagi tempat ketiga Piala Dunia FIFA, yang sedang berlangsung.

"Gelanggang" tersebut dijangka diperbuat daripada lantai vinil kusyen hijau.

Para peminat boleh ke tempat tersebut untuk menonton perlawanan-perlawanan tersebut menerusi skrin sebesar 300 inci pada 17 Disember dan 18 Disember nanti.

Demikian menurut Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) pada Isnin (5 Dis).

Para peminat boleh membentangkan tikar piknik mereka mahupun membawa kerusi sendiri untuk diletakkan di ruang tersebut. Malah, mereka juga akan ditawarkan dengan pilihan makanan serta minuman halal dan bukan halal. Pilihan halal akan disediakan oleh Hanis, sementara pilihan bukan halal bakal disediakan Harry's.


Kawasan tayangan tersebut akan dibuka mulai 8.00 malam, sebelum berlangsungnya kedua-dua perlawanan yang bakal bermula pada 11.00 malam waktu tempatan.

Sebelum permulaan perlawanan tersebut, para peminat berpeluang untuk menonton sebuah video mengenai sejarah bola sepak, yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan daripada koleksi NLB sendiri. Ia turut akan menampilkan buku yang baru diterbitkan berjudul 'Roar: Football Legends of Singapore', sempena 100 tahun sejarah bola sepak tempatan.

Para peminat juga boleh mengambil bahagian dalam kuiz trivia bola sepak yang dikendalikan, yang mana mereka berpeluang untuk memenangi cenderahati NLB.

Bangunan Perpustakaan Negara terletak di 100 Victoria Street.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan