Piala Dunia 2022: Australia menang 1-0 lawan Tunisia; raih kemenangan setelah 12 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Chandan KHANNA / AFP)
AL WAKRAH: Australia mengalahkan Tunisia 1-0 di Stadium Al Janoub pada Sabtu (26 Nov), sekali gus mencatat kemenangan pertamanya di Piala Dunia sejak 12 tahun lalu.
Dengan kemenangan tersebut, Australia naik ke tangga kedua dalam Kumpulan D, di belakang juara bertahan, Perancis.
Penyerang dari Australia, Mitchell Duke menjaringkan gol tersebut semasa pertengahan separuh masa pertama, sekali gus meletakkan Australia di kedudukan selesa dalam perlawanan tersebut.
Kemenangan tersebut amat memberangsangkan bagi Australia setelah dibenam oleh Perancis 4-1 pada Selasa (22 Nov).
Australia kini mengutip tiga mata dalam Kumpulan D, meletakkan pasukan tersebut di kedudukan setanding dengan juara dunia Perancis. Perancis berpeluang untuk mengekalkan kedudukannya sekiranya ia mampu meraih kemenangan ke atas Denmark pada Sabtu nanti.
Kemenangan yang diraih Australia bagi perlawanan tersebut, sekali gus memecahkan kekalahan yang dalam tujuh perlawanan berturut-turut semasa Piala Dunia sejak pasukan itu kali terakhir mengutip tiga mata selepas mengalahkan Serbia pada Piala Dunia 2010.
Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia di Qatar secara langsung di meWATCH.
Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh mengenainya.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.