Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2022: Argentina kalah mengejut 2-1 di tangan Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2022: Argentina kalah mengejut 2-1 di tangan Saudi

Pemain tengah Arab Saudi Salem Al-Dawsari (kanan) berentap dengan pemain penyerang Argentina Lionel Messi semasa perlawanan Kumpulan C Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail, utara Doha pada 22 Nov. (Gambar: Kirill Kudryavtsev/AFP)

Diterbitkan : 22 Nov 2022 09:11PM Dikemas Kini : 22 Nov 2022 09:11PM

LUSAIL: Arab Saudi mencipta sejarah  Piala Dunia setelah mengalahkan Argentina 2-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C menyusuli jaringan gol Saleh Al-Shehri dan Salem Al-Dawsari pada Selasa (22 Nov).

Argentina mendahului pasukan Saudi, yang menduduki tangga ke-51 dalam ranking dunia, menyusuli tendangan penalti Lionel Messi pada minit ke-19. Namun Al-Shehri menyumbatkan gol dari sudut yang sempit pada minit ke-48 setelah menembusi benteng pertahanan Argentina.

Keghairahan para penyokong Saudi memuncak lima minit kemudian selepas Al-Dawsari menjaringkan gol hebat.

Sebelum itu, Argentina dijangka akan menyaingi rekod Itali yang belum kalah dalam 37 perlawanan berturut-turut menyusuli tendangan penalti Messi pada minit ke-10.

Jika tidak disebabkan tiga gol yang dibatalkan kerana offside, satu bagi Messi dan dua bagi Lauturo Martinez, Argentina sepatutnya mampu meraih kemenangan pada separuh pertama.

Namun corak permainan bertukar dengan pantas selepas separuh masa pertama.

Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia secara langsung di meWATCH.

Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh mengenainya.

Sumber : Reuters/ZM/zm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa