Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2022: Argentina juara Kumpulan C setelah tundukkan Poland 2-0

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2022: Argentina juara Kumpulan C setelah tundukkan Poland 2-0

Gambar: TODAY Sports/ Daniella Parhizkaran

DOHA: Argentina menundukkan Poland 2-0 untuk mara ke pusingan 16 terakhir dalam Piala Dunia 2022 selepas pasukan bola sepak Amerika Selatan itu menjuarai Kumpulan C pada Rabu (30 Nov).

Pasukan nasional Argentina itu diberikan penalti selepas penjaga gawang Poland, Wojciech Szczseny, main kasar terhadap Lionel Messi ketika dia menandukkan bola, lapor Agensi Anadolu.

Szczesny berjaya menangkis sepakan penalti oleh Messi pada minit ke-38.

Namun pada awal separuh masa kedua, Argentina mendahului perlawanan apabila rembatan pemain tengah Alexis Mac Allister terkena palang dan menembusi gawang Poland.

Pemain penyerang Argentina, Julian Alvarez, menjaringkan gol kedua untuk pasukannya pada minit ke-68.

Argentina yang diketuai Messi beraksi dengan cemerlang menentang Poland untuk mengecap kemenangan 2-0 di Stadium 974.

Argentina yang memperolehi enam mata akan menentang naib juara Kumpulan D Australia dalam pusingan 16 terakhir.

Walaupun tewas, Poland menamatkan perlawanan peringkat kumpulan di kedudukan kedua dengan empat mata.

Poland terselamat dan layak ke peringkat kalah mati berdasarkan purata gol. Poland seterusnya akan bersemuka dengan juara bertahan Perancis.

Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia di Qatar secara langsung di meWATCH.

Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh mengenainya.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan