Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2022: 5 pemain Perancis diserang virus

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2022: 5 pemain Perancis diserang virus

Pemain pasukan Perancis menjalani sesi latihan di pusat latihan Al Sadd SC di Doha pada 16 Disember 2022. (Gambar: Franck Fife/AFP)

DOHA: Menjelang perlawanan akhir Piala Dunia menentang Argentina pada Ahad (18 Dis) lima pemain pasukan Perancis tidak dapat menjalani latihan pada Jumaat kerana dijangkiti virus.

Mereka termasuk dua pemain pertahanan tengah, Raphael Varane dan Ibrahima Konate.

L’Equipe melaporkan Varane mengalami simptom ringan manakala keadaan Konate lebih teruk.

Skuad bimbingan Didier Deschamps sebelum ini menyaksikan dua pemain utama, Dayot Upamecano dan Adrien Rabiot terlepas perlawanan minggu lalu selepas kedua-duanya jatuh sakit.

Tidak lama kemudian, Kingsley Coman pula demam dan ketiga-tiga mereka tidak dapat beraksi ketika skuad Les Bleus menumpaskan Maghribi pada separuh akhir.

Bagi mengelakkan penularan lanjut, para pegawai pasukan Perancis telah melaksanakan peraturan jarak selamat di ibu pejabat mereka.

Sementara itu perlawanan merebut tempat ketiga Piala Dunia antara Maghribi dengan Croatia berlangsung malam ini waktu Singapura.

Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic menyifatkannya sebagai satu perlawanan besar memandangkan prestasi baik Maghribi sejauh ini.

Maghribi adalah negara Arab dan Afrika yang pertama mara hingga peringkat separuh akhir Piala Dunia.

Jurulatih Maghribi, Walid Regragui pula berkata beliau tidak akan membuat perubahan besar pada pasukannya untuk menentang Croatia malam ini.

Sumber : Agensi berita/SU/MU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan