Piala Dunia 2018: Jerman, Belgium, Mexico menang dalam perlawanan masing-masing
Juara bertahan, Jerman masih berpeluang untuk melangkah ke pusingan kalah mati setelah mengalahkan Sweden dalam perlawanan Kumpulan 'F' dini hari tadi (24 Jun).
Pemain Jerman Toni Kroos menyambut gol Piala Dunia 2018. (Gambar: ODD ANDERSEN/AFP)
RUSIA: Juara bertahan, Jerman masih berpeluang untuk melangkah ke pusingan kalah mati setelah mengalahkan Sweden dalam perlawanan Kumpulan 'F' dini hari tadi (24 Jun).
Jerman ketinggalan 0-1 pada akhir babak pertama menerusi jaringan Ola Toivonen pada minit ke-32.
Tiga minit selepas babak kedua bermula Marco Reus berjaya menyamakan semula kedudukan untuk Jerman.
Namun Jerman dikejutkan dengan kehilangan Jerome Boateng yang dilayangkan kad merah pada minit ke-82.
Juara bertahan itu bagaimanapun terselamat daripada tersingkir hasil jaringan cantik Toni Kroos dalam masa kecederaan.
Jerman yang menang 2-1 berada di tangga kedua kumpulannya.
MEXICO DAHULUI KUMPULAN F
Mexico pula menduduki tangga pertama kumpulan 'F' dengan enam mata setelah mengalahkan Korea Selatan.
Tendangan penalti Carlos Vela meletakkan Mexico di hadapan pada minit ke-26 dengan Javier Hernandez menjadikan kedudukan 2-0 dalam babak kedua.
Dalam masa kecederaan, Korea Selatan mendapat gol hasil jaringan Son Heung Min. Bagaimanapun ia tidak mencukupi untuk membendung pasukan Asia itu daripada kecundang.
Kekalahan tersebut bermakna langkah Korea Selatan di Piala Dunia 2018 terhenti di peringkat kumpulan
BELGIUM TEWASKAN TUNISIA
Tunisia pula diambang tersingkir setelah kalah dua kali dalam perlawanan kumpulan 'G'.
Semalam pasukan negara Afrika itu kalah 2-5 di tangan Belgium.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.