Piala Asia: Iraq, Iran dan Saudi mara ke peringkat 16 pasukan terakhir
Iraq, Iran dan Arab Saudi melayakkan diri ke peringkat 16 pasukan terakhir selepas menang perlawanan masing-masing.

Penyerang Sardar Azmoun menjaringkan gol pertama pada minit ke-38. (Gambar: Khaled Desouki/AFP)
ABU DHABI: Iraq, Iran dan Arab Saudi melayakkan diri ke peringkat 16 pasukan terakhir selepas menang perlawanan masing-masing.
Dalam aksi kumpulan D menentang Yaman ini, Mohamad Ali menjaringkan gol pertama pada minit ke-11.
Lapan minit kemudian, Bashar Resan pula membolosi pintu gol Yaman bagi gol kedua Iraq.
Dan dalam masa kecederaan, Alaa Abbas memastikan Iraq menang 3-0.
Iraq mengekalkan rekod belum pernah kalah dan bakal menentang Iran, Rabu ini.
Sementara itu, Iran melayakkan diri ke peringkat seterusnya selepas mengalahkan Vietnam, 2-0.
Penyerang Sardar Azmoun menjaringkan gol pertama pada minit ke-38.
Vietnam hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-52 tetapi tidak dapat melepasi penjaga gawang Iran, Ali Reza Beiranvand.
Azmoun kemudian menjaringkan gol kedua pada minit ke-69.
Rembatan beliau dari hujung kotak penalti memastikan Iran mengungguli Kumpulan D dengan enam mata penuh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.