Skip to main content

Sukan

Piala ASEAN Mitsubishi Electric: Bas ulang-alik percuma ke KL untuk tonton perlawanan SG-Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:
  Piala ASEAN Mitsubishi Electric: Bas ulang-alik percuma ke KL untuk tonton perlawanan SG-Malaysia

Pasukan Singapura meraikan kemenangan selepas menentang pasukan Kemboja, 14 Dis 2024. (Gambar: Facebook/FAS)

Diterbitkan : 19 Dec 2024 09:42AM Dikemas Kini : 19 Dec 2024 09:43AM
SINGAPURA: Para peminat dan penyokong pasukan Singapura boleh naik bas percuma untuk ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan perlawanan antara Singapura dengan Malaysia bagi Piala ASEAN Mitsubishi Electric pada Jumaat (20 Dis).

Demikian diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Pasukan Singa akan bertandang ke Stadium Bukit Jalil sedang pasukan negara berusaha untuk meneruskan kempen Piala ASEAN Mitsubishi Electric selepas tumpas 2-4 di tangan Thailand pada Selasa (17 Dec).

Singapura perlu menang atau seri dalam perlawanan menentang Malaysia untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Bas percuma pada Jumaat boleh dinaiki di Stadium Jalan Besar di Singapura pada pukul 11.00 pagi, menurut FAS.

Bas-bas itu dijangka tiba di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pukul 6.00 petang, sekitar tiga jam sebelum perlawanan bermula pada pukul 9.00 malam.

Bas-bas itu akan meninggalkan Stadium Bukit Jalil pada pukul 11.30 malam sebelum tiba di Stadium Jalan Besar pada pukul 6.00 pagi Sabtu (21 Dis).

Untuk mendapatkan tempat duduk, para penyokong mestilah menyerahkan butiran menerusi borang melalui Google sebelum pukul 3.00 petang Khamis. Bukti pembelian tiket bagi perlawanan itu juga diperlukan.

Singapura memulakan kempen Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 minggu lalu dengan meraih kemenangan 2-1 ke atas Kemboja di Stadium Negara.

Pasukan Singa kemudian mengalahkan Timor-Leste 3-0 di Stadium Hang Day di Hanoi, sebelum kalah 4-2 kepada Thailand pada Selasa.

Pasukan Thailand kini mendahului Kumpulan A dengan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan sementara Singapura pula menduduki tempat kedua dengan enam mata. Kemboja dan Malaysia mempunyai empat mata.

Menang atau seri semasa menentang Malaysia sudah memadai untuk Singapura mara ke peringkat seterusnya.

Saksikan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 secara langsung atau atas permintaan secara percuma dari 8 Disember 2024 hingga 5 Januari 2025 di mewatch. Lungsuri mewatch.sg/aseancup bagi butiran lanjut.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita