Skip to main content

Sukan

PIALA ASEAN FIFA 2026: SG tersingkir selepas kalah 6-0 kepada Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:
 PIALA ASEAN FIFA 2026: SG tersingkir selepas kalah 6-0 kepada Malaysia

Pemain Singapura, Song Ui-young, beraksi dalam perlawanan Kumpulan A Piala ASEAN FIFA menentang Malaysia di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Indonesia, pada 1 Okt 2026. (Gambar: Persatuan Bola Sepak Singapura)

Diterbitkan : 02 Oct 2026 06:29AM Dikemas Kini : 02 Oct 2026 07:22AM
  • Singapura tersingkir daripada Piala ASEAN FIFA 2026 pada Khamis selepas tewas 6-0 kepada Malaysia dalam aksi Kumpulan A.
  • Malaysia mendominasi perlawanan melalui hatrik Bergson da Silva, selain gol Stuart Wilkin, Paulo Josue dan Syahir Bashah.
  • Singapura menamatkan kumpulan di tempat ketiga dengan tiga mata selepas tewas kepada Indonesia, menang atas Bangladesh, kemudian kalah kepada Malaysia.
  • Malaysia juga gagal mara kerana Indonesia, yang menewaskan Bangladesh 9-2, menjadi juara Kumpulan A dan akan bertemu Thailand pada Isnin.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Singapura tersingkir daripada Piala ASEAN FIFA 2026 pada Khamis (1 Okt) selepas dikalahkan Malaysia 6-0.

Bergson da Silva membuka jaringan bagi pasukan Malaysia menerusi sepakan penalti seawal minit kelapan.

Manuel Hidalgo kemudian memperdayakan beberapa pemain pertahanan Singapura sebelum membuka ruang kepada Stuart Wilkin untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-26.

Bergson menambah gol ketiga pada minit ke-62, sebelum Paulo Josue menyumbat gol keempat pada minit ke-76.

Syahir Bashah menjaringkan gol kelima pada minit ke-87, sebelum Bergson melengkapkan hatriknya dengan gol keenam pada minit ketiga masa tambahan, sekali gus mengesahkan penyingkiran skuad Singa.

Singapura sebelum ini tewas 0-2 kepada Indonesia dan mengalahkan Bangladesh 1-0. Mereka menamatkan persaingan Kumpulan A di tempat ketiga dengan tiga mata, sekali gus tersingkir daripada kejohanan.

Meskipun mencatat kemenangan besar ke atas Singapura, Malaysia juga gagal melangkah ke pusingan seterusnya.

Malaysia menamatkan persaingan dengan jumlah mata yang sama seperti Indonesia di tangga teratas Kumpulan A.

Namun, kemenangan besar Indonesia 9-2 ke atas Bangladesh dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung serentak pada Khamis menyaksikan Indonesia muncul sebagai juara kumpulan berdasarkan jumlah gol yang dijaringkan, sekali gus meraih tempat ke pusingan seterusnya Isnin ini.

Indonesia akan berdepan juara Kumpulan B, Thailand, dalam perlawanan akhir.

Malaysia pula akan menentang naib juara Kumpulan B dalam perlawanan penentuan pingat gangsa yang turut berlangsung pada Isnin.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita