Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala AFF Suzuki:Tiket aksi pusingan pertama Thailand-Indonesia mula dijual

Anggaran Waktu Membaca:
Piala AFF Suzuki:Tiket aksi  pusingan pertama Thailand-Indonesia mula dijual

Pemain Indonesia Evan Dimas (kiri) dan Irfan Jaya raikan gol dalam perlawanan AFF Suzuki menentang Kemboja pada 9 Dis 2021. (Gambar: SPORTFIVE)

Diterbitkan : 27 Dec 2021 11:35AM Dikemas Kini : 27 Dec 2021 11:37AM

SINGAPURA: Tiket bagi pusingan pertama perlawanan akhir Piala AFF Suzuki mula dijual pada 9 pagi Isnin (27 Dis), kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam satu kenyataan media pada Ahad malam (26 Dis).

Pasukan Indonesia dan Thailand akan berentap dalam pusingan pertama perlawanan akhir pada Rabu (29 Dis).

Tiket bagi dewasa berharga S$25 dan S$15 buat kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah boleh dibeli online atau melalui talian Ticketmaster (+65 3158 8588) bermula 10 pagi.

Penjualan tiket bagi pusingan kedua pada 1 Jan 2022 pula bermula pada Khamis (30 Dis) dari 12 tengah hari, menurut FAS dalam kenyataan media.

Pasukan Thailand menempah tempat ke perlawan akhir Piala AFF Suzuki selepas mengikat juara bertahan Vietnam 0-0 pada Ahad (26 Dis) dalam perlawanan kedua separuh akhir untuk melengkapkan kemenangan agregat 2-0.

BACA:Piala AFF Suzuki: Thailand mara ke peringkat akhir, singkir juara bertahan Vietnam

Pasukan Indonesia mengalahkan Singapura 4-2 pada Sabtu (25 Dis) untuk mara ke peringkat akhir.

BACA:Piala AFF Suzuki: Punah harapan S'pura langkah ke peringkat akhir; Indonesia belasah 4-2

Kedua-dua perlawanan itu akan bermula pada jam 8.30 malam di Stadium Negara.

"Pintu stadium akan dibuka dua jam sebelum perlawanan dan peminat dinasihatkan datang ke stadium awal untuk mengelakkan sebarang kelengahan," menurut FAS.

Sama seperti perlawanan peringkat kumpulan dan separuh akhir, penonton akan diberikan gelang berwarna bagi pengenalan untuk membolehkan mereka masuk semula ke stadium, selepas menunjukkan bukti vaksinasi lengkap terhadap COVID-19 dan pemeriksaan beg wajib.

"Wang tidak akan dikembalikan kepada mereka yang tidak dapat menunjukkan bukti vaksinasi," tambah FAS.

Kanak-kanak yang dikecualikan daripada suntikan vaksin perlu ditemani seorang dewasa berumur 21 tahun ke atas. Kanak-kanak yang berumur tiga tahun keatas perlu membeli tiket untuk masuk ke dalam stadium.

Langkah-langkah jarak selamat yang ketat akan dikekalkan. Peminat harus duduk dalam kumpulan dua orang dalam jarak satu meter antara setiap kumpulan. Makanan dan minuman tidak dibenarkan di dalam stadium dan peminat dikehendaki memakai pelitup setiap masa.
 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan