Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala AFF Suzuki: Thailand menang 2-1 ke atas Filipina, pasukan pertama mara ke separuh akhir

Juara lima kali, Thailand muncul pasukan pertama melangkah ke peringkat separuh akhir Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 selepas menewaskan Filipina 2-1 pada aksi Kumpulan A di Stadium Negara Singapura, pada Selasa (14 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Piala AFF Suzuki: Thailand menang 2-1 ke atas Filipina, pasukan pertama mara ke separuh akhir

Thailand menewaskan Filipina 2-1 pada aksi Kumpulan A di Stadium Negara Singapura, pada 14 Dis 2021. (Gambar: AFF Suzuki Cup/Facebook)

Diterbitkan : 14 Dec 2021 09:19PM Dikemas Kini : 14 Dec 2021 09:40PM

KUALA LUMPUR: Juara lima kali, Thailand muncul pasukan pertama melangkah ke peringkat separuh akhir Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 selepas menewaskan Filipina 2-1 pada aksi Kumpulan A di Stadium Negara Singapura, pada Selasa (14 Dis).
Ia kemenangan ketiga skuad bimbingan Alexandre Polking selepas menumpaskan Timor Leste 2-0 dan Myanmar 4-0 sekali gus mengumpul sembilan mata di kedudukan teratas menjelang pertembungan aksi terakhir bagi menentukan juara kumpulan menentang Singapura, Sabtu ini.

Pada aksi hari ini, penyerang prolifik Teerasil Dangda menjadi wira kejayaan skuad Gajah Perang mara ke peringkat separuh akhir buat kali kelima berturut-turut sejak edisi 2012 selepas meledak dua gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua.

Jaringan pertama penyerang BG Pathum United berusia 33 tahun itu menerusi rembatan voli kaki kiri pada minit ke-26 meletakkan Thailand di hadapan dan mendahului hingga separuh masa sebelum Filipina bangkit menyamakan kedudukan menerusi Patrick Reichelt pada minit ke-57.

Dangda yang merupakan penjaring terbanyak Piala AFF edisi 2012 dan 2016 kemudian tenang menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gol Filipina yang beraksi untuk Kuala Lumpur City FC, Kevin Ray Mendoza pada minit ke-78 untuk mengesahkan kemenangan Thailand.

Thailand muncul juara sulung Piala AFF pada 1996 sebelum meraih empat lagi gelaran pada edisi 2000, 2002, 2014 dan 2016.

Sumber : Bernama/SU/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan