Skip to main content

Sukan

Piala AFF Suzuki: S'pura mara ke perlawanan separuh akhir menentang Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Piala AFF Suzuki: S'pura mara ke perlawanan separuh akhir menentang Indonesia

Adam Swandi (kiri), Ikhsan Fandi (tengah) dan Shakir Hamzah meraikan kemenangan 1-0 up menentang Timor-Leste dalam Piala AFF Suzuki 2020 peringkat kumpulan. (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 21 Dec 2021 08:47PM Dikemas Kini : 21 Dec 2021 08:48PM

SINGAPURA: Penjaga gawang Singapura, Hassan Sunny menjangkakan perlawanan yang sengit tetapi hebat, dalam perlawanan separuh akhir pertama esok (22 Dis) menentang Indonesia.

Hassan memainkan peranan utama untuk pasukan negara, Lions, mara ke perlawanan separuh akhir dengan meraih sembilan mata daripada aksi-aksi Kumpulan A.

Namun dalam perlawanan sebelum ini, Lions kalah 2-0 di tangan Thailand.

Indonesia pula menduduki tempat teratas kumpulan B dengan tiga kemenangan dan satu keputusan seri.

Ketua Jurulatih pasukan tuan rumah, Tatsuma Yoshida berkata pasukannya sedang membuat persediaan tanpa sebarang kebimbangan tentang kecederaan baru.

Pemain pertahanan, Shakir Hamzah tidak dapat beraksi untuk perlawanan seterusnya selepas cedera pada lutut dalam perlawanan menentang Thailand sebelum ini.

Singapura sebelum ini pernah menang piala AFF Suzuki sebanyak empat kali, setiap kali ia layak ke peringkat separuh akhir.

Kali terakhir Singapura menjadi juara adalah pada tahun 2012.

Anda boleh menyaksikan kedua-dua pusingan perlawanan separuh akhir antara Singapura dengan Indonesia secara langsung pada esok dan Sabtu ini, pada jam 8.30 malam di Saluran 5 dan meWATCH.

Mediacorp adalah penyiar rasmi Piala AFF Suzuki 2020.

Sumber : BERITA Mediacorp/EM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita