Skip to main content

Sukan

Piala AFF Suzuki: S'pura kecundang 0-2 di tangan Thailand

Singapura mengalami kekalahannya yang pertama dalam persaingan Piala AFF Suzuki 2020 pada Sabtu (18 Nov) selepas tumpas 0-2 di tangan juara lima kali Thailand di Stadium Negara pada Sabtu (18 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Piala AFF Suzuki: S'pura kecundang 0-2 di tangan Thailand

Pemain Singa Faris Ramli mengejar pasukan lawannya. (Gambar: CNA/Matthew Mohan)

SINGAPURA: Singapura mengalami kekalahannya yang pertama dalam persaingan Piala AFF Suzuki 2020 pada Sabtu (18 Nov) selepas tumpas 0-2 di tangan juara lima kali Thailand di Stadium Negara pada Sabtu (18 Dis).

Kedua-kedua gol dijaringkan pada separuh pertama menerusi Elias Dolah dan Supachai Chaided.

Kemenangan itu bermakna pasukan Singa menamatkan pusingan kumpulan sebagai naib juara Kumpulan A.

Kedua-dua pasukan mara ke separuh akhir.

Thailand bakal bertemu naib juara Kumpulan B di separuh akhir manakala berdepan juara Kumpulan B.

Dua pasukan teratas Kumpulan B akan ditentutan malam esok.

Indonesia kini di tempat teratas mendahului Vietnam melalui perbezaan gol. Kedua-duanya mempunyai tujuh mata.

Malaysia pula duduk di tempat ketiga dengan enam mata dan akan menentang musuh tradisi Indonesia.

Vietnam pula akan bertemu Kemboja yang sudah tersingkir daripada kejohanan bersama Laos.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita