Piala AFF Suzuki: S'pura & Indonesia terikat 1-1 dalam aksi pertama separuh akhir
Penampilan pertama Singapura dalam separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas sembilan tahun berakhir dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi pertama menentang Indonesia di Stadium Negara pada Rabu (22 Dis).
(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Penampilan pertama Singapura dalam separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas sembilan tahun berakhir dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi pertama menentang Indonesia di Stadium Negara pada Rabu (22 Dis).
Indonesia membuka jaringan pada minit ke-28 menerusi Witan Sulaeman sebelum pemain Singa Ikhsan Fandi berjaya menembusi benteng pertahanan pasukan Garuda dan menyamakan kedudukan pada babak kedua permainan.
Kedua-dua pasukan akan berentap sekali lagi dalam pusingan kedua separuh akhir Sabtu ini(25 Dis).
Pasukan Singa menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A selepas berjaya mengatasi Myanmar, Filipina dan Timor Leste dan kalah di tangan Thailand.
Indonesia menduduki tangga pertama dalam Kumpulan B berdasarkan perbezaan gol dengan juara bertahan, Vietnam.
Vietnam akan berdepan juara lima kali Thailand dalam satu lagi pusingan pertama separuh akhir pada Khamis (23 Dis).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.