Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala AFF Suzuki akan disiarkan secara langsung di meWATCH

Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2020 akan disiarkan secara percuma di meWATCH, umum Mediacorp pada Selasa (30 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Piala AFF Suzuki akan disiarkan secara langsung di meWATCH

Pasukan Vietnam julang piala AFF Suzuki 2018. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 30 Nov 2021 04:31PM Dikemas Kini : 30 Nov 2021 04:52PM

SINGAPURA: Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2020 akan disiarkan secara percuma di meWATCH, umum Mediacorp pada Selasa (30 Nov).

Peminat sukan itu boleh mengikuti semua 26 perlawanan bermula 5 Dis hingga 1 Januari di wadah penstriman itu, dengan sedutannya dimuat naik ke meWATCH dan saluran-saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Piala Suzuki dijadual diadakan tahun lalu, namun ditunda ke April tahun ini disebabkan pandemik COVID-19. Ia kemudiannya dijadualkan semula buat kali kedua.

Kejohanan dwitahunan Asia Tenggara itu akan diadakan di Stadium Negara dan Stadium Bishan.

Singapura yang menjadi negara tuan rumah temasya itu membuka tirai kejohanan 10 pasukan itu menentang Myanmar di Stadium Negara pada 5 Dis.

Setiap pasukan akan bermain empat perlawanan dalam format round robin di peringkat kumpulan.

Singapura yang merupakan juara empat kali kejohanan akan menentang Myanmar, Filipina, Thailand dan Timor-Leste dalam Kumpulan A.

Dalam Kumpulan B, juara bertahan Vietnam akan bersaing dengan Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir dua perlawanan, sebelum berentap di peringkat akhir dua perlawanan, yang dijadualkan pada 29 Dis dan 1 Jan.

Ini adalah kali kelima Singapura menjadi tuan rumah peringkat kumpulan kejohanan itu.

Berbeza dengan kejohanan 2018 yang diadakan secara 'home-and-away' atau padang sendiri dan padang tuan rumah, edisi tahun ini akan diadakan di satu negara ekoran pandemik COVID-19.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan