Skip to main content

Sukan

Piala AFF Suzuki 2020: Indonesia tekad tebus kekalahan; Thailand mahu catat rekod juara

Para penyokong pasukan bola sepak Thailand pastinya tidak sabar untuk melihat pasukan itu menjulang Piala AFF Suzuki kali ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para penyokong pasukan bola sepak Thailand pastinya tidak sabar untuk melihat pasukan itu menjulang Piala AFF Suzuki kali ini.

Menjelang perlawanan akhir kedua melawan Indonesia malam ini (1 Jan), piala kejohanan serantau itu seolah-olah sudah dalam genggaman pasukan Gajah Perang itu.

Dalam perlawanan akhir pusingan pertama pada Rabu lalu, pasukan itu menang 4-0.

Sekiranya berjaya menjulang piala itu malam ini, Thailand mencatat sejarah menjadi juara sebanyak enam kali.

Namun Indonesia tetap bertekad untuk bangkit bagi perlawanan kedua ini untuk muncul juara buat kali pertama.

Pasukan Garuda kalah dalam lima perlawanan akhir sebelum ini.

Ikuti Piala AFF Suzuki 2020 secara LANGSUNG di meWATCH. Daftar sekarang di mewatch.sg/affsuzukicup2020 agar tidak terlepas menyaksikan aksi kejohanan ini bersama Mediacorp, penyiar rasmi Singapura bagi Piala AFF Suzuki 2020.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita