Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala AFF Mitsubishi Electric: Vietnam tumpas Laos 6-0

Anggaran Waktu Membaca:
YANGON: Vietnam membuka kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 dengan bergaya selepas membelasah Laos 6-0 pada aksi Kumpulan B di Stadium Nasional KM16 di Vientiane, malam Rabu (21 Dis).

Juara dua kali itu selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama selepas penyerang, Nguyen Tien Linh memulakan pesta gol Vietnam menerusi penyudah pada minit ke-15 sebelum pemain tengah, Do Hung Dung menggandakan kedudukan dua minit sebelum rehat.

Skuad Naga Emas di bawah bimbingan jurulatih 'bengis' dari Korea Selatan, Park Hang Seo itu terus mengganas pada babak kedua apabila meledak dua jaringan dalam tempoh tiga minit menerusi dua pemain pertahanannya iaitu Ho Tan Tai pada minit ke-55 diikuti Doan Van Hau pada minit ke-58.

Dua lagi jaringan Vietnam menyaksikan pemain simpanan, Nguyen Van Toan, mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-82 sebelum Vu Van Thanh yang turut dibawa masuk pada babak kedua melengkapkan kemenangan 6-0 pasukan pada masa kecederaan.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan B, Malaysia mengalahkan Myanmar 1-0 di Yangon.
Setelah tiada gol dijaringkan dalam separuh pertama, Faisal Halim menyumbang gol pada minit ke-52.

Myanmar diberikan tendangan penalti pada penghujung waktu perlawanan.

Namun tendangan penalti Win Naing Tun diselamatkan oleh penjaga gawang Malaysia Syihan Hazmi.
 
Sumber : Agensi berita/ZM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan