Skip to main content

Sukan

Piala AFF Mitsubishi Electric: Tiket perlawanan M'sia menentang SG dijual mulai 28 Dis

Anggaran Waktu Membaca:
Piala AFF Mitsubishi Electric: Tiket perlawanan M'sia menentang SG dijual mulai 28 Dis

(Gambar: SPORTFIVE/AFF Mitsubishi Electric Cup)

SINGAPURA: Tiket bagi perlawanan akhir peringkat kumpulan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Mitsubishi Electric 2022 Singapura menentang Malaysia akan dijual mulai pukul 12.00 tengah hari Rabu (28 Dis). 

Pasukan Singapura akan menentang Malaysia pada Selasa depan (3 Jan) di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bermula jam 8.30 malam. 

Sebanyak 1,000 tiket akan dijual di kaunter tiket Stadium Jalan Besar di South Stand, dengan setiap tiket berharga S$12. 

Kaunter tiket berkenaan akan beroperasi mulai 12.00 tengah hari hingga 8.00 malam setiap hari, dari Rabu hingga Jumaat, dan mulai pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang pada Sabtu. 

Setiap individu dibenarkan membeli sehingga 10 tiket, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS). 

"Penyokong amat digalakkan supaya membeli tiket mereka menggunakan sama ada NETS atau PayNow," tambah FAS. 

Penyokong dan peminat bola sepak juga boleh membeli tiket secara online menerusi laman web Ticket Hotline selepas mereka membuka sebuah akaun. 

Singapura dan Malaysia beraksi dalam Kumpulan B kejohanan itu bersama-sama dengan Vietnam, Myanmar dan Laos. Singapura menewaskan Laos 2-0 , manakala Malaysia tumpas di tangan Vietnam 3-0 pada Selasa malam (27 Dis).

Vietnam, Malaysia dan Singapura masing-masing meraih enam mata, meskipun Malaysia beraksi dalam satu lagi perlawanan tambahan. Vietnam mendahalui kumpulan tersebut dengan perbezaan gol sebanyak sembilan menyusuli perlawanan pada Selasa. 

Anda boleh menyaksikan siaran percuma Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 secara langsung dan atas permintaan di mewatch.sg/affmitsubishielectriccup2022.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita